BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • ABOUT
  • DISCLAIMER
  • POLICY
  • SITEMAP
  • INFO
  • TRAVEL
  • TRENDING

Inilah Pekerjaan Lain Lee Chong Wei Selain Bermain Badminton

ammar December 8, 2016

Inilah Pekerjaan Lain Lee Chong Wei Selain Bermain BadmintonInilah Pekerjaan Lain Lee Chong Wei Selain Bermain Badminton

Dato’ Lee Chong Wei adalah nama yang tidak asing lagi dalam arena badminton. Namanya dikenali bukan sekadar di Malaysia sahaja tetapi di persada dunia.

Beliau memenangi pelbagai kejuaraan dalam pertandingan badminton di semua peringkat kejohanan dan sudah beberapa kali memegang gelaran pemain badminton nombor 1 dunia.

Kejayaan demi kejayaan yang diperolehi oleh Dato’ Lee Chong Wei sangat membanggakan Malaysia dan seluruh rakyat Malaysia.

Selain Pemain Badminton Apa Pekerjaan Lain Lee Chong Wei?

Manakala di luar gelanggang, beliau diminati oleh syarikat-syarikat korporat, nama dan wajahnya juga bernilai untuk dikomersialkan bagi tujuan melariskan produk mereka.

Selain itu beliau memiliki syarikat pemaju perumahan Chong Wei Binajaya. Beliau turut mempunyai sebuah kompleks sukan yang diberi nama Sports Arena Sentosa yang terletak di Taman Seri Sentosa, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur. Sehingga kini asetnya mencecah RM300 juta.

Menurut sebuah portal, thecelebritiesnetworth.com, kekayaan Chong Wei kini telah mencecah AS$75 juta (RM300 juta) hasil daripada hadiah kemenangan, sektor perniagaan, duta kepada puluhan produk di peringkat antarabangsa dan tempatan, hartanah dan koleksi kereta mewah yang dimilikinya. Aset pada tahun 2011, RM1.7 juta meningkat kepada RM237 juta.

Manakala menurut portal Sport Rich List (senarai kekayaan atlet dunia), aset Chong Weipada 2011 ialah sebanyak AS$267,300 (RM1.7 juta) dan meningkat kepada AS$59 juta (RM237 juta) pada 2013.

Miliki 6 Jenis Kereta Mewah?

Chong Wei sangat sukakan kereta mewah dan beliau miliki 6 kereta mewah. Antara kerata mewah yang beliau miliki adalah Skyline R35 GTR, BMW X6 Coupe, Ferrari F430, Lamborghini Aviator, Audi R8 dan Bentley Continental GT1.

Selain itu, Chong Wei sukakan jam tangan. Difahamkan, terdapat pelbagai jenama jam tangan yang dibelinya dan disimpan dalam tiga kotak besar.

Akhbar Dongguan Shibao dari China melaporan, jenis kediaman yang diduduki oleh Chong Wei tidak jauh bezanya dengan kebanyakan orang, namun pasti ramai yang akan terkejut melihat koleksi kereta yang disimpannya.

Selain pemain badminton, menjadi duta produk adalah sumber pendapatan utama Chong Wei. Bagi setiap produk, bayaran yang diterima dipercayai mencecah sehingga jutaan ringgit.

Antara syarikat-syarikat yang melantik Chong Wei sebagai dutanya ialah Yonex, Samsung, KDU Educations Group, XOX, syarikat pengeluar kopi, kerusi urut, resort dan banyak lagi.

Share
Tweet
Prev Article
Next Article

One Response

  1. ira

    wahh, boleh dijadikan inspirasi nih

    December 8, 2016

Leave a Reply

Cancel reply




Related Posts

  • Aksi Pemain 5 Juta Di Ayam-Ayamkan Player JDT
    Aksi Pemain 5 Juta Di Ayam-Ayamkan Player …
    November 6, 2016 0
  • Ziyad Pelik Ramai Saudara Datang Rumah Selepas Jadi Jutawan
    Ziyad Pelik Ramai Saudara Datang Rumah Selepas …
    October 12, 2016 0
  • Live-streaming-keputusan-Kelantan-vs-Sime-Darby-25.7.2015
    Tonton Online Siaran Langsung Kelantan VS Sime …
    July 25, 2015 0
  • Malaysia vs Korea Selatan
    Tonton Live Streaming Keputusan Malaysia vs Korea …
    January 20, 2018 1
  • Bibi-Ramjani-Ilias-Khan
    Bibi Nafi Ada Konspirasi Pemain dan “Datuk” …
    October 12, 2017 0

BLOG AMMAR

BLOG AMMAR
Copyright © 2019 BLOG AMMAR
Theme by Ammar Media Network