BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Remaja Cina Pandu Lawan Arus Sebabkan Kem@tian Akhirnya…

ammar September 20, 2019

Masih ingatkah dengan kes seorang remaja cina yang memandu kereta melawan arus sehingga sebabkan kem@tian? Setelah 2 tahun peristiwa itu berlaku akhirnya…

Hari ini adalah hari pertama kes bela diri, tertuduh memilih untuk memberikan keterangan pembelaan bersumpah di kandang saksi di hadapan Majistret Sri Prancha Nanthini Balabedha.

Pada prosiding itu peguam tertuduh, Lim Boon Beng juga mengemukakan dua dokumen kepada mahkamah masing-masing laporan doktor dan surat pengesahan kad Orang Kurang Upaya (OKU) milik tertuduh.

Tertuduh mengaku sudah sembilan bulan memiliki lesen memandu sebelum kejadian berlaku pada 14 Mac 2017.

Pihak pembelaan juga akan memanggil dua saksi, doktor dan pegawai daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang mengeluarkan kad OKU berkenaan.

Mahkamah juga diberitahu tertuduh bahawa dia terpaksa membuat pusingan sebelum Plaza Tol Sungai Dua kerana melihat sebuah lori yang cuba melanggarnya di hadapan.

Ketika disoal Mohd Amril, tertuduh mengaku bahawa dia mempunyai lesen memandu yang sah dan sudah melalui ujian lalu lintas dan isyarat jalan raya.

Ketika disoal sama ada tertuduh tahu bahawa memandu melawan arus adalah satu kesalahan, Ng memberitahu mahkamah dia tidak faham dengan soalan yang diajukan.

Mahkamah ditangguh dan akan disambung petang ini.

Remaja berbangsa cina itu dituduh mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dengan cuai dan melulu sehingga menyebabkan kem@tian Mohamad Fandi Rosli, 26, di Lebuhraya Utara Selatan, arah utara, pada 7.50 pagi 14 Mac 2017.

Tidak Boleh Didakwa Dengan Kesalahan Membunuh

Insiden itu mengundang pelbagai reaksi pengguna media sosial, dengan gesaan supaya remaja itu didakwa atas tuduhan membun0h.

ARTIKEL LAIN  Dulu Limousine, Sekarang Kapal Mewah Lelaki Ini Buktikan Rakyat Malaysia Tak Miskin

Bagaimanapun, ia tidak boleh dilakukan kerana tindakan itu tidak berniat membun0h.

Seksyen 44 Akta Jabatan Pengangkutan Jalan membawa hukuman 4-10 tahun, manakala bagi kesalahan bun0h tanpa sengaja di bawah Seksyen 304 Kanun Keseksaan, ia hanya membawa hukuman maksima 2 tahun.

Siasatan mendapati pada hari kejadian, suspek baru sahaja pulang daripada berhibur bersama rakan-rakannya di sebuah kelab di Bukit Mertajam.

Prev Article
Next Article

Leave a Reply

Cancel reply

CopyAMP code

Related Posts

  • adi putra
    Patutlah Dapat Pangkat Dato’, Rupa-rupanya Adi Putra …
    October 25, 2017 3
  • cikgu dayang viral di facebook.jpg
    Gambar Cikgu Cun Melecun Jadi Viral
    December 18, 2015 4
  • Izzue Islam terima tawaran permaisuri agong
    Izzue Islam Terima Tawaran Raja Permaisuri Agong, …
    November 8, 2019 0
  • budak sekolah
    Budak Sekolah Bawa Beg Berharga RM46k Ke …
    August 11, 2017 1
  • Datuk Seri Vida Mengaku Tidak Bersalah
    Datuk Seri Vida Mengaku Tidak Bersalah
    October 13, 2016 0

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2023 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)