
Sistem Pengurusan Latihan KPM atau dikenali sebagai SPLKPM adalah sebuah portal yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mendapatkan akses Sistem Pengurusan Latihan Guru. Ia juga dikenali sebagai SPLG.
Sistem ini lebih fokus kepada latihan dan modul individu yang akan diterima oleh seorang guru samada kursus, PLC, Bimbingan dan Pementoran, ulasan buku,lawatan kerja, bengkel, program seminar atau kolokium, kajian tindakan & penyelidikan, perkongsian ilmu termasuk penulisan dan penerbitan.
SPLKPM Guru: Cara Login Dan Kemaskini Modul Individu
Langkah-Langkah Login SPLKPM |
1. Layari ke Portal melalui pautan ini https://splkpm.moe.gov.my/ |
2. Kemudian pilih Login Modul Individu |
3. Masukkan ID anda (No. Kad Pengenalan dan kata laluan ), sekiranya anda lupa password atau kata laluan anda, klik pada butang ‘Lupa Kata Laluan’ untuk anda set kan semula kata laluan yang baharu |
4. Selepas berjaya login, pilih bahagian ‘Pembelajaran Kendiri’ di menu sebelah kiri paparan dan klik ‘Senarai Pembelajaran Kendiri’ |
5. Kemudian tutup menu di sebelah kiri paparan skrin dan pilih ‘e-pembelajaran’ |
6. Seterusnya klik ‘Tambah Aktiviti’ kemudian masukkan perkara yang berkenaan dalam urusan tersebut |
7. Isikan maklumat dengan lengkap dan klik simpan apabila selesai |
Ini adalah contoh video tutorial untuk guru melakukan salah satu urusan menggunakan Portal ini iaitu mendaftar webinar. Langkah yang dikongsikan dalam video ini hampir sama, hanya berbeza pada pemilihan urusan sahaja.
Jika guru menghadapi masalah semasa ingin menggunakan Portal SPLKPM kebiasaanya adalah masalah Login, sila berurusan dengan penyelaras SPLKPM Negeri yang anda bertugas masing-masing. Pihak Bantuan Penyelaras Negeri akan membantu masalah teknikal anda.
Senarai Bantuan Penyelaras Negeri guru-guru boleh dapatkan pada pautan ini. Bantuan
Senarai Modul Kursus Online SPLKPM
Dalam Portal SPLKPM, terdapat pelbagai kursus dan webinar telah disediakan bermula pada tahun 2021, kerana ketika itu adalah Perintah Kawalan Pergerakan sedang berjalan. Guru boleh mengemaskini melalui portal ini.
Berikut adalah senarai kursus tersebut:
Senarai Kursus SPL KPM AKPK | Pautan (Sila Klik Pada Pautan Ini) |
1. Kursus SPL KPM EPSA | https://www.epsa.gov.my/ |
2. Kursus AKPK – Program Hemah Bicara Hemat Belanja (KPM) yang dianjurkan oleh AKPK, setelah selesai menyertai, anda akan diberikan sijil | Pautan telah tamat |
3. Kursus Rumahku – Rumahku yang dianjurkan oleh AKPK, RUMAHKU merupakan modul online khas yang berobjektif membantu bakal pembeli rumah pertama untuk membuat perancangan kewangan dengan bijak | https://learn.akpk.org.my/courses/rumahku |
4. Kursus Daftar Webinar -Sebuah latihan menggunakan E-Pembelajaran melalui webinar, PLC dalam talian dan juga kursus-kursus lain di pelantar E-Pembelajaran. Anda boleh terus daftar di portal SPLKPM | https://splkpm.moe.gov.my/ |
5. Program Kursus Google Education – Dari Google Malaysia membawakan satu kursus yang memberikan peluang kepada anda menerokai ilmu digital baru berdasarkan pengalaman mereka dan kepakaran mereka dalam industri | https://teachercenter.withgoogle.com/?hl=ms |
6. Program Kursus Covid-19 MBRU | https://learn.mbru.ac.ae/courses/covid19 |
7. Program Kursus Microsoft Education – Pihak Microsoft Education telah menawarkan pelbagai kursus dan menyediakan sijil penyertaan. Anda boleh daftar secara online | https://education.microsoft.com/en-us |
8. Program Kursus Digital Classroom -Menyediakan pelbagai kurus webinar melalui live streaming online untuk anda yang ingin hadir. | https://www.digitalclassroom.my/ |
9. Program E-Didik Malaysia – eDidik Malaysia ini sentiasa mempromosikan bengkel/ kursus secara percuma melalui pautan ini | https://sites.google.com/edidik.edu.my/edidik-malaysia/laman-utama |
Sila kongsikan makluman ini kepada guru-guru yang lain, kerana semua maklumat berkaitan dengan SPLKPM telah dikongsikan disini bagi memudahkan pada guru menggunakan sistem SPLKPM dan mengetahui maklumat terkini berkenaan senarai kursus online. Semoga bermanfaat.