BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Tidak Mampu Bayar Gaji Diminta Diaz, Ini Yang Dilakukan JDT

ammar

Diaz JDT

Tidak Mampu Bayar Gaji Diminta Diaz, Ini Yang Dilakukan JDT

Diaz atau nama penuhnya Jorge Pereyra Diaz akan dijual oleh Johor Darul Takzim(JDT) kerana pasukan itu tidak mampu menunaikan permintaan gaji baharu oleh pemain itu.

Ketua Jurulatih JDT, Mario Gomez menjelaskan betapa tindakan menjual pemain dari Argentina itu adalah tepat kerana kelab berkenaan perlu mengawal perbelanjaan.

Kami Terima Tawaran Baru Yang Cukup Baik Buat Kelab

“Saya sudah membuat keputusan dan pihak pengurusan bersetuju untuk menjual penyerang luar negara kami, Jorge Pereyra Diaz kerana kami sudah mendapat satu tawaran baru yang cukup baik buat kelab.

“Beliau mahu terus kekal di sini tetapi kami tidak mampu untuk membayar gaji baru yang dipinta dan kami perlu mengawal perbelanjaan duit kelab. Oleh itu, keputusan untuk menjual beliau adalah tepat,” kata Gomez dalam satu kenyataan di Facebook JOHOR Southern Tigers, semalam.

Hariss Harun Dipinjamkan ke Kelab Portugal atau Jepun

Sementara itu, Gomez turut mengesahkan seorang lagi pemain import JDT, Hariss Harun akan dipinjamkan ke kelab Portugal atau Jepun selama setahun.

“Hariss Harun adalah seorang pemain yang bagus dan cukup berdisiplin. Beliau amat bermakna buat kelab dan kami akan menghantar beliau ke kelab Portugal atau Jepun secara pinjaman selama setahun.

“Saya pasti dengan umur beliau sekarang, corak permainannya akan meningkat lebih baik jika beliau diberi peluang untuk bermain di tahap yang lebih tinggi. Beliau akan menjadi satu aset utama buat kelab pada masa akan datang selepas kembali bermain dengan kelab luar berkenaan. Buat masa sekarang, ini adalah perancangan yang terbaik buat kelab,” tambah Gomez.

P/s: Apa-apa pun keputusan yang dibuat oleh pihak JDT kami mengarapkan keputusan itu adalah tepat dan tidak merugikan kelab. Semoga JDT terus cemerlang di musim akan datang.

ARTIKEL LAIN  Sah! TMJ Setuju Terima Jawatan Presiden FAM
Prev Article
Next Article

One Response

  1. ira

    macam2 sukan bola sekarang kan. kualiti tu penting not kuantiti.

    December 19, 2016

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • TMJ Letak Jawatan Presiden
    TMJ Letak Jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak …
    April 9, 2017 1
  • Indonesia Di Ayam-Ayamkan Malaysia 18-1
    (Video) Lihatlah Bagaimana Pasukan Hoki Indonesia Di …
    August 30, 2017 2
  • Donald Trump Dibelasah Teruk Oleh Stone Cold Steve Austin
    Video Donald Trump Dibelasah Teruk Oleh Stone …
    November 10, 2016 2
  • faiz subri
    Gol Ajaib Bukan Satu Kebetulan, Faiz Subri …
    January 12, 2017 0
  • ghaddar jdt
    Video Penjelasan Kenapa Jaringan Kontroversi Ghaddar Tidak …
    July 27, 2017 0

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2025 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)