Sudah 33 tahun berlalu tragɛdi hitam yang berlaku di Chow Kit iaitu amukan dari Prebet Adam. Peristiwa hitam itu membuatkan kawasan sekitar Chow Kit ketika dahulu menjadi lɛngang. Tiada lagi kesibukan di kawasan Chow Kit semasa peristiwa hitam itu berlaku.
Prebet Adam berlari sambil menembak membuta tuli dan telah terkena se0rang cina di hadapan Hankyu dan seorang melayu di hadapan Batu Road Supermarket. Dalam tragɛdi amukan Prebet Adam Jaafar itu se0rang lelaki Melayu, Che Soh Che Mahmud tɛrbunuh di Chow Kit, Kuala Lumpur pada Oktober 1987.
Tidak cukup dengan itu, dia juga cuba membakar satu stesen minyak berhampiran. Kejadian 18 Oktober malam itu berakhir pukul 3.45 petang keesokan harinya setelah dia berjaya dipujuk oleh para pegawai tinggi tentera. Ianya termasuk pegwai tentera berjawatan Panglima untuk menyerah diri. Di cermin dalam bilik hotel Adam menginap (dia naik bas dari Ipoh ke Kuala Lumpur), Adam ada menulis ayat ini:
“Malam SiAl Untuk Adam. Mɛmbun0h, Dibun0h atau Bun0h Diri”.

Jika kita teliti mengenai peristiwa amukan Prebet Adam ini, terdapat dua versi cerita mengenai tragedi hitam ini. Mari kita baca kedua-dua versi kisah ini.
VERSI PERTAMA: Amukan Prebet Adam 18 Oktober 1987
Punca Prebet Adam mɛngamuk pada tahun 1987 dikatakan kerana kemat!an adik kesayangannya. Adik Prebet Adam adalah seorang ‘Caddy’ atau penolong pemain golf (individu yang bertanggungjawab mengangkat segala batang golf) kepada Sultan Johor pada ketika itu. Khabarnya, pada satu hari, ketika Sultan Johor bermain golf, adik Prebet Adam ini telah tertawa kecil melihat bola golf Sultan Johor ini yang tidak masuk lubang jarak sejangkal. Sultan Johor pantas bertindak balas dengan menghayunkan kayu golfnya yang keras itu kepada adik Prebet Adam tersebut. Dan secara tidak diduga, adik Prebet Adam mat! ditempat kejadian.
Disebabkan pada ketika itu raja raja Melayu masih mempunyai kekebalan kuasa, maka pembesar tersebut telah terlepas begitu sahaja tanpa mendapat sebarang tindakan undang undang. Sejurus sampai sahaja kepada pengetahuan Prebet Adam, maka mɛngamuklah dia.
Pada malam 18 oktober 1987, Prebet Adam telah mɛngamuk di jalan Chow Kit dengan membawa bersama senjata M-16 miliknya. Prebet Adam telah menembak secara melulu ke arah orang ramai kerana berang dengan kezaliman terhadapnya dan bagi menarik perhatian seluruh negara. Dia lari sambil menembak membuta tuli dan telah terkena seorang cina di hadapan Hankyu dan seorang melayu di hadapan Batu Road Supermarket.
Esoknya, sejarah tercipta apabila Chow Kit sunyi dan lenggang apabila seorang pun tidak dibenarkan masuk ke Chow Kit kerana keadaan yang tegang itu. Polis penembak tepat telah ditempatkan di merata bangunan di situ bagi mengesan Prebet Adam namun gagal.
Dikatakan Prebet Adam telah menyorok dalam sebuah reban ayam milik salah seorang penduduk Kampung Baru. Pemilik reban ayam tersebut yang menyedari kehadiran Prebet Adam tersebut telah melaporkan kepada polis. Namun, setelah dikepung oleh polis, Prebet Adam tetap enggan menyerahkan diri.
Dengan kehadiran bos Prebet Adam yang berpangkat kolonel atau jeneral, akhirnya telah berjaya memujuk Prebet Adam untuk menyerah diri. Bagi menjernihkan situasi negara pada ketika itu, Prebet Adam telah dicaj tidak siuman atau gila dan telah dimasukkan ke hospital bahagia di sebuah wad khas berada di Tanjung Rambutan. Sultan Johor itu pula terlepas daripada hukuman setelah ayahandanya memohon maaf bagi pihak anaknya.

VERSI KEDUA: Amukan Prebet Adam 18 Oktober 1987 (Tulisan ini dipetik dari laman facebook Saudara Syahril A.Kadir, yang merupakan bekas wartawan jenayah akhbar Utusan Malaysia, TV Alhijrah dan Sinar Harian)
KES AMUK PREBET ADAM. SUDAH SAMPAI MASANYA KITA BERSIHKAN NAMA KESULTANAN JOHOR!
Dah lama juga aku tak tulis kisah-kisah jenayah ini. Hari ini aku ingin imbas kembali satu peristiwa yang cukup menggemparkan negara suatu ketika dulu iaitu peristiwa amuk Prebet Adam Jaafar yang mɛngamuk. Peristiwa ini hingga sebabkan kemat!an seorang lelaki bernama Che Soh Che Mahmud di Chow Kit, Kuala Lumpur pada Oktober tahun 1987.
Ceritanya bermula bila Adam bertindak melepaskan beratus das tɛmbakan secara membabi-buta di kawasan itu. Tak cukup dengan itu, dia juga cuba membakar sebuah stesen minyak berhampiran. Kejadian pada malam 18 Oktober itu berakhir pukul 3.45 petang keesokan harinya setelah dia berjaya dipujuk oleh para pegawai tinggi tentera termasuk yang berjawatan Panglima untuk menyerah diri. Di cermin dalam bilik hotel Adam menginap (dia naik bas dari Ipoh ke Kuala Lumpur), Adam ada menulis ayat ini’
” Malam Sial Untuk Adam. Membun0h, Dibun0h atau Bun0h Diri “
Sejak itu, sehingga sekarang, kalau search kat Google mengenai Adam ini, kita akan ‘dihidangkan’ dengan pelbagai kisah serta versi kejadian itu dan yang paling hot, Adam kononnya bertindak demikian setelah adiknya dipukul hingga mat! oleh seorang ‘kerabat’ Diraja Johor. Kononnya kerabat ini marah bila dirinya ditertawakan oleh mangsa kerana gagal memukul bola masuk ke dalam lubang. Lalu mengsa telah dirembat hingga mat! dengan menggunakan kayu golf oleh kerabat terbabit. Ini menyebabkan Adam mɛngamuk menggunakan M16 di Chow Kit tak lama selepas kejadian kerana kononnya hendak menuntut bela.
INI BETUL-BETUL FITNaH DAN PEMBOH0NGAN YANG JELAS DAN NYATA TERHADAP KESULTANAN JOHOR!
Apa yang sebenarnya berlaku adalah, Adam ketika itu mengalami tekanan perasaan yang amat dahsyat kerana dibuli, didera mental dan fizikal hingga pernah diarahkan untuk membuat seks oral oleh para seniornya di kem tentera mereka. Adam, anggota tentera dari Unit Renjer yang berasal dari keluarga miskin di Pulau Pinang masa itu tidak dapat lagi menerima seksaan demi seksaan di kem tersebut hingga menyebabkan dia tak mampu lagi berfikir secara waras seperti manusia biasa. Dia kemudian mengambil keputusan untuk mɛngamuk dan melepaskan tɛmbakan liar menggunakan rifal M16 yang dibawanya.
Aku bukan reka cerita, semua benda ni disebut dan diperincikan di mahkamah satu persatu namun tak ramai yang endah, sebaliknya hanya berminat pada cerita fiksyen yang tak wujud dan ntah dari mana datangnya itu.
Bicara punya bicara, Hakim akhirnya mengarahkan Adam dihantar ke Hospital Bahagia Tanjung Rambutan kerana mengalami masalah mental sekaligus semua pertuduhan ke atasnya tekah digugurkan. Malangnya sehingga hari ini, orang ramai masih mengaitkan kes itu dengan istana Johor, apatah lagi ketika kes itu berlaku, Sultan Johor merupakan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong. Buka saja atau Goggle saja di internet pasal kes ni, korang boleh baca, ramai orang diluar sana yang menjadi ” pegawai polis dan pendakwa ” tidak rasmi dan mereka seolah-olah tahu A to Z apa sebenarnya yang berlaku.
Ingat, d0sa memfitnAh itu lebih dahsyat daripada mɛmbunuh. Aku menulis artikel ini kerana merasakan sudah tiba masanya nama Kesultanan Johor yang tercalar disebebabkan insiden ini DIBERSIHKAN. Aku difahamkan Adam dah pun keluar dari Hospital Bahagia beberapa tahun lalu dan kini berada di sebuah negeri dekat utara semenanjung. Aku bukan orang Johor tetapi ibarat cubit peha kiri, peha kanan tetap terasa. Sampai bila kita hendak bergelumang dengan d0sa fitnAh ini yang lumrah berlegar di kedai-kedai kopi? Tepuk dada, tanya selera.


Gambar diatas yang dirakamkan oleh jurufoto BERNAMA, Encik Abdul Ghani Ismail ini menceritakan saat cemas tindakan polis dan ketangkasan mantan Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar. Waktu itu beliau bersama anggota-anggota polis yang lain berlindung di sebalik kereta, tembok dan parit. Ketika melihat Tun Hanif Omar keluar daripada perlindungan untuk mendekati sasaran, Encik Abdul Ghani tidak melepaskan peluang, muncul dengan kameranya, terlupa akan keselamatan dirinya sendiri yang terdedah kepada kemungkinan sasaran tɛmbakan.
Anuar
baru tahu tentang cerita ni…. Menakutkan…
Terima kasih kerana sudi kongsikan cerita ni.. Kalau tak sampai ke sudah saya tak tahu…