Tragedi Kren Tumbang Menimpa Jemaah Haji di Makkah

Kren Jatuh Di Makkah.jpgTragedi Kren Tumbang Menimpa Jemaah Haji di Makkah

Sekurang-kurangnya 87 jemaah haji dilaporkan maut, manakala lebih 184 yang cedera apabila sebuah kren tumbang dalam kejadian ribut di Masjidil Haram, menurut satu laporan dari Menteri Pertahanan Arab Saudi.

Kejadian berlaku semasa hujan lebat kira-kira 4.30 petang waktu tempatan iaitu ketika umat Islam selesai menunaikan solat Asar. Tiba-tiba kren yang digunakan dalam projek pembesaran Masjidilharam tumbang lalu menimpa bahagian tawaf di tingkat 2 masjid berkenaan.

Tabung Haji (TH) mengesahkan enam jemaah Malaysia cedera dalam insiden kren tumbang di Masjidilharam itu. Lima jemaah mengalami cedera ringan dan hanya seorang patah kaki.

Syed Saleh turut menjelaskan bahawa kesemua jemaah haji Malaysia yang cedera sudah dikenal pasti dengan seorang yang patah kaki sudah dibawa ke hospital TH.

“Tabung Haji akan memaklumkan perkembangan dari semasa ke semasa,” katanya.

gambar mangsa kren jatuh di makkah.jpg

Menurut saksi kejadian berkata, cuaca sedemikian adalah yang terburuk dalam sejarah Arab Saudi.

Umat Islam menunaikan ibadat haji tahunan yang bakal berakhir hujung bulan ini, dan pihak berkuasa Arab Saudi berusaha melakukan pelbagai persediaan bagi menerima jutaan jemaah dari seluruh dunia. 

Tahun lalu, kerajaan Arab Saudi mengurangkan jumlah jemaah yang dibenarkan untuk menunaikan haji atas sebab-sebab keselamatan berikutan kerja pembinaan untuk membesarkan Masjidil Haram.

KEMASKINI TERKINI: Pagi ini dilaporkan angka korban kejadian kren tumbang di Masjidilharam, Makkah terus meningkat kepada 107 manakala 238 cedera.

foto kren jatuh di makkah.jpg

gambar kren jatuh di makkah.jpg

kren jatuh di mekah.jpg

kren jatuh.jpg

mekkah berdarah.jpg

tragedi di mekah.jpg

tragedi kren jatuh di makkah.jpg

tragedi kren jatuh di mekah.jpg

Close
Comments
  1. onlajer |

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

PRchecker.info