Tragedi Rempuhan di Mina Salah Arab Saudi?

gambar rempuhan di mina.jpgTragedi Rempuhan di Mina Salah Arab Saudi?

Kes korban dalam satu rempuhan di Mina yang melibatkan seramai 717 korban jemaah haji dikatakan berpunca dari Arab Saudi sendiri. Iran adalah negara yang secara terang-terangan menuduh tragedi ini adalah salah Arab Saudi. Adakah kita juga ingin menuding jari kepada Arab Saudi dalam tragedi menyayat hati ini?

Apabila membaca perkongsian dari Ustaz ini mungkin andaian anda akan berubah sama sekali.

Mari kita ikuti sedikit coretan dari Ustaz Mohammad Asraff Ayob yang telah dikongsi menerusi laman sosial facebook ini.

KES KORBAN MINA, SALAH ARAB SAUDI?

Ada beberapa ulasan yang menyalahkan kerajaan Arab Saudi. Maaf saya ingin berbeza pendirian.

Saya fikir, berdasarkan pengalaman melakukan ibadah haji dua kali sebelum ini, kerajaan Arab Saudi telah melakukan yang terbaik. Cuma kita perlu faham kesukaran dan cabaran mereka :

1. Jemaah terlalu ramai. Ini bukan kes menjaga 30 ribu orang dalam satu stadium, ini perihal jaga hampir 3 juta orang dalam 1 kawasan sesak! Orang terlalu ramai. Siapa yang pernah buat haji tahu apa yang saya maksudkan.

Kita yang jaga anak 5 orang pun pening, pelajar 400 orang pun dah berasap kepala, apatah lagi jemaah 3 juta. Amat sukar untuk mendisiplinkan orang seramai itu KECUALI mereka yang disiplinkan diri sendiri.

2. Its all about tidak ikut peraturan. Bayangkan kita selalu pengawas di sekolah. Kita & cikgu lakukan terbaik untuk kawal pelajar asrama agar jangan ‘fly’, tapi ada yang degil. Fly juga. Akhirnya kemalangan berlaku. Adakah cikgu yang disalahkan dulu atau pelajar yang degil tak mahu ikut peraturan?

Letaklah apa jua sistem & peraturan, letaklah berapa ramai pun pengawal, ia takkan berjalan jika self-disiplin tiada pada jemaah.

Itulah senario yang berlaku di sana. Kerajaan Arab saudi “try the best” untuk “arrange” 4 juta pergerakan jemaah, tapi ada segelintir yang tak mahu ikut peraturan.

Apa yang ditulis ini bukan agak-agak tapi berdasarkan pengalaman saya sendiri ketika menjadi mutawwif haji untuk pekerja Pos Malaysia tahun 2006.

Ketika itu ada beberapa pekerja pos yang berkeras melontar pada waktu afdhal. Saya selaku ketua mutawif melarang sebab tahu keadaannya amat kritikal.

Tapi ada juga yang berkeras dengan hujah dalil hadith bagai dan lain-lain. Akhirnya saya bawa mereka pada waktu afdhal. Cuma saya pesan, ‘Bang, sebelum pi melontar, jom kita tengok ‘madness’ manusia dulu…nanti abang decide lah nak melontar ke tidak…’

Bila dia tengok manusia menggila menyerbu melontar macam orang main ragbi dan beberapa ratus manusia meninggal depan mata, dia terus terdiam insaf.

Bila dia tengok ada orang yang badan besar macam ‘Arnold susahnakeja’ pun longlai teruk kena pijak, jemaah yang kepalanya berdarah kena batu dilontar bukan batu kecil tapi batu-bata yang melayang, jemaah yang masuk berbaju ihram tapi keluar tanpa seurat benang (ihram hilang entah kemana), dia terus setuju ikut kata saya untuk melontar waktu lain.

Pengajarannya, its all about disiplin. Ibadah mengajar kita ikut peraturan. Esensi ibadah selain ta’abbudiyah, ia sebenarnya membentuk akhlak. Solat contohnya, kita perlu ikut kata ketua. Tak boleh dahului gerakannya walaupun sedikit. Kalau tak solat batal.

Juga ketika solat, kita akhiri dengan salam, kita janjikan keselamatan jemaah sebelah. Ritual ini bukan sekadar toleh kiri & kanan. Ia mengajar kita perasaan peduli & prihatin orang lain.

Ibadah korban, Nabi Ibrahim ajar kita untuk sentiasa fikirkan hak Tuhan dan hak orang lain sebelum hak diri sendiri.

Problem ‘batal’ atau masalah berlaku bila ada jemaah yang tak ikut peraturan. Tak ikut kata ketua dan tidak peduli hak orang lain.

Mari kita mengambil iktibar dari peristiwa ini. Setiap yang Tuhan datangkan samada nikmat atau malapetaka pasti ada hikmah untuk direnungi bagi kita yang masih hidup.

Kita berdoa yang terbaik untuk mereka yang telah pergi. Kita juga berdoa agar Tuhan limpahkan hidayah bantu kita menjadi manusia lebih berakhlak dan berfikiran positif dari setiap ibadah yang dilakukan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

PRchecker.info
error: Content is protected !!