Susulan Video Belasah Anaknya Ibu Mangsa Tampil Buat Laporan Polis

video penuh nadia nordinSusulan Video Belasah Anaknya Ibu Mangsa Tampil Buat Laporan Polis

Video Penuh Nadia Nordin. Sekarang menjadi trending di media sosial dengan video Nadia Nordin membelasah suami dan kekasih suaminya. Mungkin sudah yang tahu mengenai kisah ini dan tidak perlu diterangkan lagi.

Bermacam-macam versi cerita telah tersebar luas. Nama Nadia Nordin turut melonjak naik sebagai topik trending nombor 1 di Twitter hari ini.

Susulan kejadian itu, keluarga seorang wanita 26 tahun itu mahu polis mengambil tindakan tegas terhadap pelaku yang memukul dan memb0gelkan anak perempuannya dalam kejadian di sebuah hotel di pekan Sungai Golok, pagi Selasa lalu.

Dua video masing-masing berdurasi dua minit lapan saat dan satu minit 15 saat itu tersebar di Facebook sejak semalam, yang mendapat komen daripada netizen.

Dalam video berkenaan, mangsa dipukul menggunakan dua botol kaca minuman oleh seorang wanita warga Thailand, dipercayai diupah wanita dikenali sebagai Nadia yang membuat rakaman itu.

Difahamkan, kejadian berlaku akibat salah faham apabila mangsa dituduh menjalin hubungan cinta dengan suami Nadia.

Ibu mangsa yang mahu dikenali sebagai Ani 50-an, berkata dia mengetahui kejadian menimpa anaknya Sabtu lalu, selepas dimaklumkan anak keduanya yang tinggal di Kuala Lumpur.

“Akibat kejadian itu anak saya cedera di badan, kepala dan menerima lapan jahitan di dahi. Sebagai ibu, saya sedih dengan kejadian itu kerana mengaibkan anak saya tanpa belas kasihan.

“Anak saya tidak pernah menjalin hubungan cinta dengan suami orang dan sudah membuat laporan di Balai Polis Kubang Kerian Sabtu lalu,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Chicha Kubang Kerian, hari ini.

Ibu mangsa menunjukkan gambar anaknya yang cedera di muka dan menerima 8 jahitan akibat dipukul dengan botol kaca.

Ibu mangsa menunjukkan gambar anaknya yang cedera di muka dan menerima 8 jahitan akibat dipukul dengan botol kaca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

PRchecker.info
error: Content is protected !!