Andakah anda adalah seorang penggemar minuman teh? Jika ya, artikel ini sangat sesuai untuk anda.
Mungkin anda sudah bosan minum teh jenis yang sama setiap hari, apa kata kali ini anda cuba pula sejenis teh yang sedap dan menarik ini. Teh yang dimaksudkan ini adalah “teh masala”.
Teh masala merupakan teh susu terkenal di India yang mencampurkan beberapa jenis rempah di dalamnya.
India yang terkenal dengan tempat penghasilan rempah terbesar di dunia, jadi tidak hairanlah wujudnya teh masala terbaik di dunia ini.
Gabungan teh susu beserta rempah ratus cukup membuatkan rasa teh ini unik dan lain dari yang lain. Bagi sesiapa yang belum mencuba anda boleh mencuba sendiri membuat teh masala ini di rumah masing-masing.
Seorang pengguna di faceb00k bernama Ravinder Kaur Joachim telah berkongsikan resepi untuk membuat teh masala ini. Caranya cukup mudah dengan hanya menggunakan beberapa bahan sahaja.
Tertarik untuk mencuba resepi ini? Jom kita mulakan membuat teh masala ini sendiri.
Resepi Teh Masala
Bahan-bahannya adalah:
- Air – 2L/3L
- Daun Teh Cameron highland – 4 sudu besar
- Bunga cengkih
- Buah pelaga
- Jintan manis
- Kayu manis
- Halia
- Susu pekat
- Susu segar
- Susu tepung
- Gula
Cara-cara:
1. Mula-mula panaskan 2 liter atau 3 liter air di dalam periuk
2. Seterusnya masukkan daun teh cameron 4 sudu besar

3. Berikutnya masukkan bunga cengkih dah buah pelaga

4. Masukkan jintan manis
5. Masukkan kayu manis
6. Tumbuk sedikit halia
7. Terus masukkan halia ke dalam periuk. Dan biarkan teh mendidih
8. Sementara itu, sediakan susu pula. 3 jenis susu perlu digunakan

9. Masukkan 4 sudu susu tepung ke dalam cawan

10. Masukkan sedikit air panas dan kacau hingga sebati
11. Kemudian masukkan satu cawan susu segar
12. Selepas itu, masukkan 3 sudu besar susu pekat
13. Tambahkan 2 sudu besar gula. Kacau sebati
14. Kemudian masukkan susu ke dalam teh tadi. Kacau sebati dan biarkan ia mendidih

15. Kacau semua bahan

16. Tarik dulu sebelum minum macam kedai mamak buat
17. Siap untuk diminum!
Kredit Resepi: Ravinder Kaur Joachim
Apa komen anda mengenai resepi ini? Cukup mudah kan? Hanya menggunakan beberapa bahan yang sedia ada di rumah anda, anda boleh membuat resepi teh masala ini.
Jika merasakan resepi ini menarik untuk dikongsi, sila kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan dan ahli keluarga anda. Sama-sama kita mencuba resepi teh masala ini di rumah masing-masing.