BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

SINOPSIS DRAMA SAYANGKU KAPTEN MUKHRIZ TV3

ammar

Sinopsis Drama Sayangku Kapten Mukhriz TV3SINOPSIS DRAMA SAYANGKU KAPTEN MUKHRIZ TV3

Drama Sayangku Kapten Mukhriz di slot Akasia TV3 sekarang ini menjadi sebutan peminat drama Melayu di TV3. Mula ditayangkan 13 Julai 2016 lepas, drama ini menggantikan drama sebelum ini iaitu “Seindah Takdir Cinta”.

Kini, Drama Sayangku Kapten Mukhriz di slot Akasia TV3 mula mendapat sambutan ramai sejak ditayangkan beberapa hari yang lepas. Drama Sayangku Kapten Mukhriz adalah drama yang diadaptasi dari novel Anugerah Terindah karya Sophilea.

Bersiaran setiap Isnin sehingga Khamis jam 6.58 petang menerusi saluran TV3 di slot Akasia. “Sayangku Kapten Mukhriz” adalah drama arahan Idora Abdul Rahman terbitan Creative Skill Solution Sdn Bhd ini menampilkan gandingan baru Raja Afiq dan Niena Baharun sebagai pelakon utama. 

Pelakon lain yang turut membintangi drama ini seperti Ikhlas Jalil, Fezrul Khan, Alif Aziz, Neera Azizi dan ramai lagi.

Sinopsis Sayangku Kapten Mukhriz (Novel Asal: Anugerah Terindah)

Berkisarkan tentang kehidupan Kapten Ustaz Mukhriz dan Doktor Ariana. Kapten Ustaz Mukhriz seorang pegawai KAGAT yang berkhidmat di kem tentera Lumut, Perak. Mukhriz menjadi tumpuan warga kem kerana sering dilihat bersama Dr.Ariana walaupun mereka tidak bercinta.

Dr.Ariana beria-ria cuba memikat Kapten Mukhriz dan sering meluahkan rasa cintanya.

Kapten Ustaz Mukhriz ialah seorang tak ingin bercinta dan belum bersedia untuk berkahwin kerana berasakan belum bersedia memikul tanggungjawab seorang suami manakala Dr.Ariana pula jatuh cinta tahap meroyan kepada Kapten Mukhriz.

Kapten Mukhriz seorang malu-malu kucing, seorang main redah asal tercapai hajat di hati. Seorang menjaga title ‘ustaz’ dan seorang langsung tidak peduli title ‘doktor’.

Pelbagai perkara Ariana lakukan demi cintanya terhadap Mukhriz. Sudahnya dia utus surat ala-ala budak sekolah rendah dan kasi bunga hingga kecoh satu kem.

ARTIKEL LAIN  Rimas Dengan Cacian Peminat Tegar Elly Mazlien, Akhirnya Ramli MS Buka Mulut

Doktor Ariana mahu meminang Ustaz Mukhriz? Semua pening kepala! Tewaskah Mukhriz dengan keselambaan Ariana? Apa akan jadi seterusnya apabila Mukhriz ini rupanya ramai peminat. Kapten Aliza, Siti Awina dan dalam diam Mukhriz bertemu semula dengan gadis idamannya, Rabiatul Adawiyah… Mengalahkah Doktor Ariana atau terus memikat dan berusaha memenangi hati Kapten Ustaz Mukhriz.

Ikuti kisah penuh Drama Sayangku Kapten Mukhriz di slot Akasia TV3 setiap isnin hingga khamis pada jam 6.58pm.

Prev Article
Next Article

2 Comments

  1. nyo taukk

    sayang kitakk…ummmahhhh #ustzmukhriz

    July 29, 2016
  2. afida ida

    i love you so much..dari secret..ehem2 #ustzmukhriz

    July 29, 2016

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • rumah dato vida
    Ini Sebab Mengapa Banglo Mewah Dato Seri …
    July 19, 2017 1
  • respon2520peminat2520selepas2520stacy2520peluk2520islam1
    Inilah Respon Kurang Ajar Selepas Stacy Peluk …
    August 25, 2015 1
  • Drama Jangan Benci Cintaku
    Jangan Benci Cintaku Episod 17 Drama Slot …
    July 23, 2018 0
  • Biodata dan Koleksi Gambar Niena Baharun Pelakon Drama TV3
    Biodata dan Koleksi Gambar Niena Baharun
    July 14, 2016 4
  • kata-kata terakhir fazura untuk tmj.jpg
    Kata-kata Terakhir Fazura Buat TMJ Sebelum Berkahwin
    December 12, 2015 1

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2026 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)