Demam filem Hantu Kak Limah(HKL) sekali lagi menghantui seluruh rakyat Malaysia. Sekali lagi filem arahan Mamat Khalid ini menjadi filem pecah panggung di panggung wayang seluruh Malaysia.
Sejak hari pertama ditayangkan diseluruh panggung wayang di seluruh Malaysia, filem Hantu Kak Limah 2018 atau Hantu Kak Limah 3 ini menjadi perhatian umum.
Walaupun baru sahaja ditayangkan, filem Hantu Kak Limah ini telah berjaya melakar dua rekod baharu. Pertama, filem ini berjaya menjadi filem tempatan pertama yang menerima kutipan tertinggi pada hari pembukaan(rabu lalu, 8 0g0s 2018) dengan kutipan RM650,000.
Kedua, berjaya mengutip RM1.8 juta pada hari pertama ditayangkan kepada umum pada khamis lepas. Kejayaan ini merekodkan HKL mendapat kutipan tertinggi di hari pembukaan mengalahkan filem tempatan yang lain sebelum ini.
Kejayaan filem ini membuktikan bahawa rakyat Malaysia masih lagi memberikan sokongan kepada filem tempatan kita. RM1.8 juta kutipan pada hari tayangan pertama kepada umum adalah satu kejayaan yang cukup membanggakan untuk filem tempatan.
Tahniah diucapkan kepada filem tempatan ini! Anda telah berjaya membuatkan rakyat Malaysia suka dengan filem tempatan. Beribu tahniah kepada pengarah dan penerbit filem HKL ini. Tidak lupa juga kepada barisan pelakon yang menjayakan filem Hantu Kak Limah 2018 ini.
Filem komedi seram arahan Mamat Khalid ini dibarisi pelakon seperti Dato’ Awie, Delimawati, Zul Ariffin, Uqasha Senrose, Ropie, Mus May, Sharwani, TJ Isa, Jue Aziz serta penampilan istimewa Erra Fazira dan Dato’ Seri Vida.
Sinopsis Penuh Filem Hantu Kak Limah 2018
Husin yang kini sudah menetap di Kampung Pisang dan kini bekerja di kilang arang bersama rakan-rakan baiknya iaitu Yeh Sekupang, Wani dan Khuda.
Khuda telah ditakdirkan berkahwin dengan Kak Limah dan hidup bahagia. Namun satu kejadian misteri berlaku apabila Kak Limah telah ditemui mati dengan keadaan yang cukup menakutkan.
Bermula dari hari mayat Kak Limah ditemui, seluruh penduduk Kampung Pisang mula diselubungi misteri diganggu oleh kelibat hantu Kak Limah.
Oleh hal yang demikian, Yeh Sekupang membawa Husin dan rakan-rakan yang lain untuk meminta bantuan kepada Encik Solihin yang merupakan seorang guru silat dan dikatakan mempunyai kemahiran menghalau hantu untuk menghentikan gangguan hantu Kak Limah.
Pelbagai insiden lucu dan seram mula berlaku terhadap penduduk Kampung Pisang sepanjang mereka cuba menyelesaikan misteri kematian dan gangguan hantu Kak Limah ini.
Untuk mengetahui punca sebenar gangguan hantu Kak Limah, jangan lupa saksikan filem yang sangat menghiburkan ini di pawagam berhampiran anda.
HKL 2018 terbitan Astro Shaw dan Infinitus Gold telah menemui penonton seluruh Malaysia pada 9 Ogos 2018 yang lepas. Filem ini juga turut memasuki pasaran Brunei dan Singapura.
Jadi tunggu apa lagi, jom sama-sama kita ke pawagam yang berdekatan untuk menonton filem Hantu Kak Limah 2018 ini secara penuh(full). Yang pasti anda tidak akan menyesal mengeluarkan duit untuk membeli tiket filem ini.
Sebelum menonton full movie HKL 2018 mari kita tonton sedikit sedutan dari filem ini. Anda boleh tonton video di bawah ini.
Xplorasi Destinasi
Bila tengok cinematography cerita ni… memang nampak kualiti dia lain dari yang lain. No wonder ramai yang pi tengok citer ni kat wayang