BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Pelakon Drama TV3 Berdepan Penjara Seumur Hidup Miliki Ganja dan Pedang Samurai

ammar

Pelakon Drama TV3 Berdepan Penjara Seumur Hidup Miliki Ganja dan Pedang SamuraiPelakon Drama TV3 Berdepan Penjara Seumur Hidup Miliki Ganja dan Pedang Samurai

Kepada peminat Drama TV3 yang bertajuk Lara Terindah, sudah pasti anda mengenali pelakon lelaki yang bernama Aidil Aziz.

Aidil atau nama sebenarnya Mohd Aidil Abdul Aziz, 28. ditahan bersama dua lagi suspek di sebuah kediaman di Jalan Ampang pada jam 12.40 tengahari, Ahad dan telah dibawa ke Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Wangsa Maju untuk siasatan. 

Menurut sumber, serbuan pada 12.40 tengah hari itu dilakukan hasil risikan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju.

Pelakon berkenaan sering memegang watak pelakon pembantu dalam drama tempatan.

Sumber berkata, dalam serbuan itu, polis menemui beberapa pokok yang ditanam dalam pasu dan dedaun kering dalam bekas kaca disyaki ganja serta satu bekas pengisar mengandungi dedaun kering disyaki daun ganja.

“Pemeriksaan lanjut menemui biji benih pokok ganja, tujuh pedang samurai, 21 pisau, tiga buku lima, empat pistol angin, dua laras senapang angin, sebilah kapak dan sehelai vest Polis Diraja Malaysia (PDRM),” € katanya.

Nilai rampasan dianggarkan bernilai RM25,000 dan kes telah diklasifikasikan di bawah Seksyen 6B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, Seksyen 39B ADB 1952, Seksyen 4 Akta Senjatapi 1960, Seksyen 7(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 (Akta 357).

Semua suspek telah dibawa ke Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Wangsa Maju untuk siasatan lanjut.

ARTIKEL LAIN  Drama Sayangku Kapten Mukhriz Episod 20
Prev Article
Next Article

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • fanclub wany hasrita
    Kelab Peminat Wany Hasrita Minta Sponsor Dengan …
    December 6, 2017 0
  • Laudya Cynthia Bella
    Laporan Polis Sudah Dibuat Ke Atas Laudya …
    February 8, 2018 1
  • azwan ali
    Saya Ada Sejuta Sebab Tidak Pergi Melawat …
    March 27, 2017 0
  • gambar2520baby2520yusri2520dan2520lisa2520surihani1
    Koleksi Gambar Anak Lisa Surihani dan Yusri …
    September 23, 2015 0
  • ceplos
    Kacak Mengalahkan Fattah Amin! Inilah Wajah Terkini …
    August 11, 2017 1

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2026 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)