Berkorban Demi Jayakan Watak Filem
Menjadi seorang pelakon bukannya mudah seperti ramai orang sangkakan. Untuk menjayakan sesuatu watak supaya nampak lebih “real” dan berkesan ramai pelakon memilih untuk berkorban sesuatu.
Jika kita tengok di Hollywood sebagai contoh, ramai pelakon terkenal seperti Tom Cruise sanggup melakukan sendiri babak aksi. Apabila melibatkan lagak ngeri atau aksi sudah pasti banyak risikonya contohnya risiko kecederaan. Mereka sanggup melakukan itu bagi menjayakan watak.
Di Malaysia pula tidak kurang bezanya, ada juga pelakon yang sanggup melakukan sendiri aksi-aksi di dalam filem tanpa menggunakan “stuntman”. Terbaru, pelakon popular Zizan Razak dilaporkan telah cedera semasa penggambaran filem terbarunya iaitu Polis Evo 2.
Melalui facebook Zizan Razak, beliau berkongsi 3 keping gambar yang kelihatan dia terbaring sambil diberikan rawatan.
Dipetik dari laman facebook Zizan Razak
Jadi nasihat Zizan kepada semua tolonglah jangan ada cetak rompak lagi atau curi curi rakam kerana bukan senang nak hasilkan sesebuah filem. Harini Zizan cedera dalam satu babak aksi. Dan doakan Zizan cepat sembuh. Amin.
Filem Arahan Ghaz Abu Bakar
Polis EVO merupakan sebuah filem aksi yang diarahkan oleh Ghaz Abu Bakar dan dibintangi oleh Shaheizy Sam, Zizan Razak, Nora Danish, Hushairi Husain, Mimi Ernida, Wan Hanafi Su, Pablo Amirul, Azliyuszaini, Amerul Affendy dan Harun Salim Bachik.
Filem ini mengisahkan dua anggota polis, Inspektor Khai (Shaheizy Sam) dan Inspektor Sani (Zizan Razak) yang mempunyai perwatakan yang sangat berlainan tetapi mereka harus bekerjasama untuk menjatuhkan sebuah operasi pengedaran dadah.
Filem ini telah ditayangkan kepada umum pada 17 September 2015.
Kutipan Filem Sebanyak RM 17.47 Juta
Filem ini merupakan filem tempatan dengan kutipan tertinggi sepanjang zaman selama lima bulan dengan kutipan sebanyak RM 17.47 Juta, memecahkan rekod yang sebelum ini dipegang oleh The Journey (RM 17.28 juta).
Kejayaan ini telah diatasi oleh filem Munafik pada tahun berikutnya yang mengumpul kutipan sebanyak RM19.00 Juta. Filem ini telah memenangi tiga daripada sepuluh pencalonan dalam Festival Filem Malaysia ke-28.
Sambungan filem Polis Evo iaitu Polis Evo 2 belum ditentukan lagi tarikh tayangan kerana penggambaran filem ini masih berlangsung. Sudah tentu ramai peminat filem ini tidak sabar untuk menunggu filem ini keluar nanti.
Lihatlah bagaimana mereka bertungkus lumus untuk menghasilkan filem yang berkualiti untuk tontonan rakyat Malaysia. Kita sebagai rakyat Malaysia haruslah menyokong industri tempatan kita ini supaya suatu hari nanti menjadi lebih maju seperti filem bertaraf Hollywood dan Bollywood. Tanpa sokongan anda(penonton) industri perfileman Malaysia tidak akan maju. Katakan tidak kepada cetak rompak!
Thenewsia
kesian abang jijan, semoga cepat sembuh ye