BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Kerana Kekayaan Luar Biasa, Mahkamah Pakistan Lucutkan PM Nawaz Sharif

ammar

perdana menteri pakistanSatu tamparan yang besar buat Pakistan hari ini apabila pemimpin mereka dipecat oleh mahkamah tertinggi negara itu.

Perdana Menteri Nawaz Sharif dilucutkan daripada jawatannya oleh Mahkamah Tertinggi Pakistan selepas siasatan mengenai kekayaan keluarganya.

Mahkamah Agung memecat Nawaz selepas panel siasatan mendapati keluarganya tidak dapat dan gagal menjelaskan kekayaan luar biasa mereka.

Media Pakistan melaporkan siasatan jenayah akan dimulakan terhadap Nawaz dan beberapa ahli keluarganya.

Mereka termasuk anak Nawaz, Hassan dan Hussein, serta Maryam Nawaz dan suaminya Muhammad Safdar.

“Beliau tidak lagi layak menganggotai parlimen, dan ditamatkan daripada jawatan perdana menteri,” kata hakim Ejaz Afzal Khan dipetik akhbar Dawn.

Mengikut rekod ini merupakan kali kedua Mahkamah Agung negara itu memecat seorang perdana menteri dalam 70 tahun.

Pada 2012, bekas perdana menteri Yousaf Raza Gilani dilucutkan kerana tidak menghormati mahkamah untuk membuka siasatan rasuah terhadap presiden ketika itu, Asif Ali Zardari.

ARTIKEL LAIN  Cara Claim RM50 E-Wallet Diumumkan Oleh Kerajaan, Ikuti Step Mudah Ini
Prev Article
Next Article

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • azrinaz mazhar hakim
    Rizalman Berleter Pasal Adab Beraya, Sekali Azrinaz …
    June 20, 2019 0
  • tun_mahathir_mohamad_istana_negara
    Tun M Menghadap Yang di-Pertuan Agong? Pegawai …
    June 2, 2020 1
  • Bantuan-RM50-E-Wallet
    Cara Claim RM50 E-Wallet Diumumkan Oleh Kerajaan, …
    June 23, 2020 1
  • Senarai Menteri Kabinet
    Senarai Menteri Kabinet Malaysia Baru 2018 Selepas …
    May 11, 2018 0
  • jeritan hanna humaira jadi igauan
    Jeritan Hanna Humaira Jadi Igauan – Bapa …
    June 24, 2016 1

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2026 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)