BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Pelajar Korea Selatan Terlepas Hukuman Gantung Kerana Polis Menipu

ammar

Cepat atau lambat kebenaran pasti akan terbongkar jua akhirnya. Itulah nasib yang diterima oleh seorang pelajar dari Korea Selatan ini.

Kim Yun Soung yang didakwa mengikut Seksyen 39B(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dilepaskan dan dibebaskan oleh Hakim Abu Bakar Jais selepas saksi utama kes itu mengaku berbohong ketika memberi keterangan pada perbicaraan hari ketiga, Jumaat lalu.

Seorang pelajar dari Korea Selatan berusia 20 tahun itu terselamat daripada hukuman gantung sampai mati setelah Mahkamah Tinggi Seremban di sini melepaskan dan membebaskan dia daripada dakwaan mengedar ganja seberat 219gram.

Peguam tersebut berkata “Dia (polis) berbohong. Ianya terbongkar apabila kami mencabarnya dan memberitahu kami akan menjalankan prosiding penghinaan terhadapnya kerana kami mempunyai bukti yang dia telah menipu. Kami mahu lihat sama ada dia mahu mengaku ataupun tidak”.

pelajar korea

Peguam telah berkali-kali menyoal inspektor itu sama ada terdapat individu lain selain pasukan serbuan pada malam tersebut. 

Inspektor berkenaan masih berbohong sehinggalah peguam bela berkata mereka mempunyai rakaman CCTV yang jelas memaparkan terdapat individu lain dalam keadaan bergari dalam serbuan tersebut.

Hakim Abu Bakar Jais kemudian memutuskan untuk membebaskan Kim dan pihak pendakwa raya juga terpaksa menggugurkan kes.

“Selepas mengambil kira penyerahan bukti oleh kedua-dua pihak, saya dengan ini membebaskan dan melepaskan tertuduh” kata hakim Abu Bakar lagi.

ARTIKEL LAIN  Satu Laporan Polis Dibuat Terhadap Asri Janggut
Prev Article
Next Article

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • lim guan eng menteri kewangan malaysia
    Menteri Kewangan Seru Umno, PAS Bantu Henti …
    September 3, 2019 0
  • Malaysia Airlines
    Pray for Malaysia Airlines MH128, Melbourne
    May 31, 2017 0
  • PM Kanada
    PM Kanada Mahu Berjumpa Dengan Makcik Dari …
    December 20, 2017 1
  • Travel Bajet Tapi Menyusahkan Diri
    Apa Guna Travel Bajet Tapi Menyusahkan Diri …
    November 9, 2016 1
  • rohingya di langkawi
    Ratusan Rohingya Selamat Mendarat di Langkawi
    June 8, 2020 0

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2026 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)