“Baba miss u my little silat boy @jebatjayden satu hari nanti kita pi sembahyang jumaat sama sama naa syg..”. Dek kerana posting ini di akaun instagramnya, Sharnaaz menjadi perhatian makcik dan pakcik bawang.
Kerana posting yang menimbulkan tanda tanya itu, ada yang beranggapan kemungkinan Sharnaaz tidak lagi tinggal sebumbung bersama anak dan isterinya Noor Nabila.
Persoalan yang bermain difikiran seluruh rakyat Malaysia itu akhirnya terjawab apabila ada peminat Sharnaaz mengasak dan mengajukan soalan yang sama di akaun instagramnya.
Ini jawapan dari Sharnaaz Ahmad

Makcik Bawang Tak Payah Menyibuk!
Ada sebahagian peminat Sharnaaz menasihat kepada makcik bawang supaya tidak menyibuk hal rumah tangga Sharnaaz dan Nabila kerana itu adalah privacy mereka berdua.

Peminat Doakan Rumah Tangga Sharnaaz Baik-baik Sahaja
Tidak kurang juga, ada peminat Sharnaaz mendoakan kebahagiaan rumah tangga Sharnaaz dan Nabila.

Apa-apa pun yang terjadi kita sama-sama doakan yang baik-baik sahaja buat Sharnaaz dan isterinya Nabila. Semoga kisah mengenai masalah rumah tangga mereka ini adalah kisah tidak betul.
