BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Koleksi Lagu Kanak-kanak Terbaru Didi and Friends

ammar August 1, 2016

Koleksi Lagu Kanak-kanak Terbaru Didi and FriendsKoleksi Lagu Terbaru Kartun Didi and Friends

Koleksi Lagu Kanak-kanak Terbaru. Artikel ini khas buat para ibu bapa kepada kanak-kanak yang berumur dari 2 tahun sehinggan 5 tahun. Bagi mereka yang mencari koleksi lagu kanak-kanak prasekolah atau tadika, lagu “Didi and Friends” adalah lagu animasi terbaik buat si comel anda.

Didi and Friends adalah siri animasi untuk menghiburkan kanak-kanak sambil memberi ilmu pengetahuan melalui penyampaian lagu-lagu rakyat yang diberi nafas baru. Antara lagu popular keluaran Didi and Friends adalah:

  1. Bingo
  2. Tayar Bas
  3. Kalau Rasa Gembira
  4. Papaku Pulang Dari Kota
  5. Lompat Si Katak Lompat
  6. Chan Mali Chan
  7. Pak Atan Ada Ladang
  8. Dan banyak lagi koleksi lagu lain

Bila waktu tayangan kartun Didi and Friends?

Animasi ini ditayangkan setiap hari (8.30pagi dan 3.00petang) di saluran Saluran 611, Astro Ceria bermula Disember tahun lalu.

Didi and Friends ini juga turut disiarkan secara eksklusif di saluran 480. Menerusi kerjasama Astro First, 20 buah lagu baru yang dihasilkan khas untuk peminat setia Didi & Friends menemui penonton Astro di rumah mulai Khamis, 26 Mei 2016.

Menerusi langganan serendah RM 15.90 (termasuk GST) pelanggan Astro boleh melanggan Didi and Friends secara eksklusif di saluran 480.

Didi and Friends dibintangi oleh oleh bintang utama siri animasi ini iaitu Didi, Nana dan Jojo dan beberapa watak tambahan lain seperti Pak Atan, Bingo, Tatak, Pipi dan ramai lagi. Anak selebriti terkenal turut serta menjayakan muzik video seperti dalam lagu Pokok Mulberi yang menampilkan Bella (Anak Stacy), Mika (Anak Nabil Ahmad) dan Noah (Anak Yasmin Hani).

ARTIKEL LAIN  Peristiwa "Serangan Subuh" Zaman Dr. Mahathir Bakal Difilemkan

Apa yang menarik dengan siri animasi ini, mereka juga turut menghasilkan video dalam bahasa Indonesia dan bahasa Mandarin. Sudah pasti animasi Didi and Friends ini dapat menarik minat kanak-kanak dari pelbagai kaum dan bangsa.

Dihasilkan dan diilhamkan sendiri oleh produksi tempatan, Didi and Friends dilihat mampu pergi lebih jauh lagi di masa akan datang dengan sokongan pelbagai pihak.

Mari berhibur sambil menyanyi! Sudah pasti kanak-kanak akan cepat belajar dengan lagu-lagu dari Didi and Friends ini.

Koleksi Lagu Kanak-kanak Terbaru





Untuk tonton lebih banyak lagi lagu Didi and Friends secara online boleh terus ke saluran Youtube rasmi mereka[button-red url=”https://www.youtube.com/channel/UCr9QW8w8CvVAe3MSWZCAn-Q/featured” target=”_self” position=”left”]KLIK SINI[/button-red]

Koleksi Lagu dan Gambar Kartun Didi and Friends

Prev Article
Next Article

Leave a Reply

Cancel reply

CopyAMP code

Related Posts

  • bapa ummi nazeera dipenjara 31 tahun.jpg
    Ummi Nazeera Bersyukur Bapa Dipenjara 31 Tahun
    November 27, 2015 0
  • lufya omar dan kerabat diraja johor.jpg
    Hubungan Lufya Dengan Kerabat Diraja Johor Musnah
    December 12, 2015 0
  • fasha sandha sah bercerai dengan jejai.png
    Fasha Sandha dan Jejai Sah Bercerai?
    December 15, 2015 5
  • raja afiq
    Kerana Fitnah Dari Wanita Durjana, Raja Afiq …
    January 13, 2018 1
  • Drama Sayangku Kapten Mukhriz Episod 26
    Drama Sayangku Kapten Mukhriz Episod 26
    August 25, 2016 0

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2023 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)