BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Aksi Pemain Barcelona Diayam-Ayamkan AS Roma 3-0

ammar

Saingan suku akhir kedua Liga Juara-Juara Eropah 2018 diteruskan lagi dengan aksi pasukan gergasi dunia iaitu Barcelona bertemu AS Roma.

Walaupun Barcelona dilihat sebagai calon untuk mara ke pusingan separuh akhir kali ini, namun kesungguhan dan kekuatan pasukan AS Roma berjaya menghancurkan harapan pasukan itu.

AS Roma secara automatik berjaya melangkah ke pusingan separuh akhir kejohanan Liga Juara-Juara Eropah 2018 setelah berjaya dengan kelebihan jaringan ditempat lawan.

Pada saingan pertama yang berlangsung di Camp Nou, Barcelona berjaya menundukkan AS Roma dengan keputusan penuh perlawanan 4-1. Namun, nasib menyebelahi pasukan AS Roma pada pusingan kedua suku akhir Liga Juara-Juara Eropah apabila pasukan dari Rome itu berjaya mengikat Barcelona dengan agregat 4-4.

Kelebihan satu gol di tempat lawan membuatkan AS Roma dilayakkan untuk saingan seterusnya.

Barcelona yang menjadi pasukan pilihan dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah 2018 dilihat “balik awal” dan menggigit jari apabila gagal untuk mara ke pusingan separuh akhir.

Mari sama-sama kita tonton video penuh jaringan gol dari AS Roma melawan Barcelona yang keputusan penuh perlawanan 3-0. Lihatlah bagaimana Barcelona diayam-ayamkan oleh kelab dari Rome ini.

Selain AS Roma, wakil kelab dari Liga Perdana Inggeris iaitu Liverpool juga berjaya menempah tiket ke pusingan separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah pada edisi kali ini apabila berjaya menundukkan Manchester City dalam perlawanan pusingan kedua suku akhir dengan agregat Liverpool 5-1 Manchester City.

Pada perlawanan pusingan pertama, Liverpool pada mulanya menang dengan keputusan 3-0 mengalahkan Manchester City dan pusingan kedua ini pasukan itu menang tipis 2-1 ke atas Manchester City.

Kemenangan dua kali berturut-turut itu melancarkan lagi perjalanan Liverpool untuk menempah tiket ke saingan seterusnya.

ARTIKEL LAIN  Bibi Nafi Ada Konspirasi Pemain dan "Datuk" Untuk Pastikan Kelantan Tewas Kepada Melaka United

Kini, empat lagi pasukan yang bakal bersaing bagi merebut tiket ke separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah itu pasukan Real Madrid, Juventus, Bayern Munich, dan Sevilla. Perlawanan melibatkan empat pasukan ini dijadualkan berlangsung pada awal pagi esok hari.

Pasukan manakah yang layak untuk pusingan separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah? Sama-sama kita saksikan perlawanan secara langsung esok pagi.

Prev Article
Next Article

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • Penyokong Kelantan Mengamuk
    Penyokong Kelantan Mengamuk Bakar Suar, Pemain Rileks …
    April 13, 2017 0
  • kemalangan f1
    (Video) Kemalangan F1 Kerana Lubang di Litar …
    September 30, 2017 0
  • Bibi-Ramjani-Ilias-Khan
    Bibi Nafi Ada Konspirasi Pemain dan “Datuk” …
    October 12, 2017 0
  • Perak FA
    Setaraf JDT, Inilah Senarai Penuh Pemain Perak …
    December 29, 2016 0
  • TMJ Setuju Terima Jawatan Presiden FAM
    Sah! TMJ Setuju Terima Jawatan Presiden FAM
    February 6, 2017 1

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2025 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)