BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Apa Yang Tertonjol Tu Fazura?

ammar

Kehadiran Fazura di sebuah majlis fesyen baru-baru ini telah menimbulkan tanda tanya peminat pelakon wanita berkenaan. Fazura telah memuatnaik sekeping gambar yang kelihatan seperti “baby bump” pada perutnya.

Lantas dengan perkara itu peminatnya memenuhi komen dengan ucapan tahniah malah ada yang tidak sabar-sabar menantikan kehadiran cahaya mata pasangan ini.

Awal Januari lalu, perkhabaran tentang Fazura telah hamil turut diperkatakan malah perubahan ketara apabila dia turut makan dalam kuantiti yang banyak dan kenyataan mengidam yang diluahkan oleh pelakon wanita ini ternyata menguatkan lagi harapan peminat.tahniah fazura

Fazura Perjelas Perkara Sebenar

Nampaknya apa yang dijangka peminat itu meleset sama sekali. Buat masa sekarang, peminat pasangan Fattzura perlu bersabar terlebih dahulu kerana pelakon dan penyanyi ini menjelaskan bahawa “baby bump” yang kelihatan dalam gambar-gambar baru ini bukanlah seperti apa yang fikirkan peminat.

“Ia bukan ‘baby bump’, sebaliknya hanya biasan kain yang saya pakai. Mungkin rekaan dan material yang digunakan menampakkan seolah-olah saya sedang hamil. Untuk gambaran lebih jelas, boleh lihat sendiri video yang dimuat naik di akaun Instagram kelab peminat saya, @fazbulouswarriors,” jelasnya.

Fazura berkata, jika benar dia sudah hamil, dia tidak akan merahsiakan perkara tersebut dan pasti akan berkongsikan perkara tersebut kepada peminatnya.

“Apa pun, saya bersyukur di atas doa anda semua. Insya-Allah, jika ada khabar gembira, pasti akan saya kongsi pada masa paling sesuai,” katanya lagi.

Apa-apapun kepada semua peminat Fazura dan Fattah Amin, diharap sama-sama mendoakan supaya mereka cepat mendapat cahaya mata.

Kita manusia hanya mampu merancang dan perancangan Allah itu adalah sebaik-baik perancang. Doakan semoga rumah tangga pasangan ini bahagia kekal hingga ke jannah. Insyaallah.

ARTIKEL LAIN  Wajah Terbaru Pelakon Drama Diari Ramadhan Rafique
Prev Article
Next Article

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • thanos
    Google “Thanos” Sekarang dan Klik Pada Sarung …
    April 26, 2019 0
  • suami nora meninggal dunia
    Al Fatihah, Malaysia Kehilangan Seorang Lagi Penggiat …
    March 24, 2017 1
  • Drama Sayangku Kapten Mukhriz Episod 27
    Drama Sayangku Kapten Mukhriz Episod 27
    August 29, 2016 0
  • Sinopsis Drama Pengantin 100 Hari
    Sinopsis Penuh Drama Pengantin 100 Hari Samarinda …
    July 12, 2018 1
  • Setelah Batalkan Perkahwinan Akhirnya Fara Fauzana Dedahkan Siapa Hafiz
    Setelah Batalkan Perkahwinan Akhirnya Fara Fauzana Dedahkan …
    September 6, 2016 0

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2026 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)