BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Laporan Polis Sudah Dibuat Ke Atas Laudya Cynthia Bella

ammar

Laudya Cynthia Bella adalah satu nama yang tidak asing lagi buat Malaysia dan Indonesia. Pelakon terkenal yang berasal dari Indonesia ini menjadi perhatian kedua-dua negara iaitu Indonesia dan Malaysia apabila berkahwin dengan Engku Emran yang berasal dari Malaysia.

Tahun lalu(2017) ahli perniagaan iaitu Engku Emran Engku Zainal Abidin selamat bergelar suami kepada aktres terkenal Indonesia, Laudya Cynthia Bella, 29, dengan sekali lafaz dalam majlis perkahwinan yang berlangsung di Kuala Lumpur.

Perkahwinan pasangan ini mendapat liputan luas media di Malaysia dan Indonesia.gambar kahwin Laudya Cynthia Bella

Namun, kegembiraan artis popular dari Indonesia, Laudya Cynthia Bella sedikit terganggu apabila ada pihak membuat laporan polis terhadapnya.

Tidak di sangka-sangka, satu dugaan buat Laudya Cynthia Bella apabila satu laporan polis dibuat keatas dirinya oleh seorang pengusaha bernama Jimmy Sanjaya di Balai Polis Bandung.

Individu yang bernama Jimmy dikatakan membuat laporan itu pada hari Selasa bersamaan dengan 23/1/2018.

Kepala Satuan Reskrim Polres Bandung, AKP Firman Taupik mengatakan, Laudya dilaporkan atas dakwaan penipuan dan penggelapan wang.

Laudya Cynthia Bella dan Erra FaziraIni komen polis Bandung bernama Firman:

“Kesnya berkaitan transaksi jual beli tanah. Sedang kami dalami apakah ada penggelapan atau penipuan”

“Pengakuan dari yang bersangkutan, dia tidak melakukan itu. Notis juga sudah kami mintai keterangan”

Firman mengatakan, polis sudah meminta keterangan sejumlah pihak, termasuk dari pihak Laudya Cynthia Bella mengenai laporan tersebut.

Kes jual beli tanah itu dilaporkan berlaku beberapa tahun yang lalu. Ketika itu Bella dan Jimmy membuat persetujuan untuk membeli tanah di Kampung Blok Tugu Mekarluyu, Bandung.

Laudya Cynthia Bella dan Engku EmranSebelum ini dikatakan kawasan tanah seluas 5360 meter persegi telah dipersetujui pihak Laudya Cynthia Bella dan Jimmy dengan harga RP911.200.000 (RM263,975.00).

ARTIKEL LAIN  Rimas Dengan Cacian Peminat Tegar Elly Mazlien, Akhirnya Ramli MS Buka Mulut

Jimmy berkata beliau sudah menyerahkan duit pendahuluan sebanyak RP140 juta (RM41,000.00), namun tambah Jimmy lagi, Laudya Cynthia Bella telah mengubah harga tanah tanpa persetujuan Jimmy dan meminta penambahan sebanyak RP300 juta (RM86,000.00).

Ketika ini siasatan masih dijalankan oleh pihak polis Bandung, Indonesia.

Harap semua masalah ini dapat diselesaikan dengan baik. Semoga Laudya Cynthia Bella bersabar dengan dugaan yang dilaluinya ini.

Sumber Asal: Kompas.com / TribunNews.com

Prev Article
Next Article

One Response

  1. Ira

    semoga perkara ini dapat diselesaikan dengan sebaik-baiknya.

    February 11, 2018

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • Jangan Benci Cintaku Episod 26
    Jangan Benci Cintaku Episod 26 Drama Slot …
    August 3, 2018 0
  • Kak Engku Kecewa Dipecat Serta Merta Oleh Sinar FM.jpg
    Raja Azura Kecewa Dipecat Serta Merta Oleh …
    December 29, 2015 2
  • pikotaro kini
    Masih Ingat Dengan Piko Taro PPAP? Tak …
    January 2, 2018 0
  • cuci afdlin
    Hebat! Dulu Empat Sekawan Ini “Tukang Cuci …
    September 26, 2017 1
  • Sinopsis Drama Semerah Cinta Humairah
    Sinopsis Penuh Drama Semerah Cinta Humairah (TV3)
    July 24, 2018 0

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2026 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)