BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Bank Islam Online Banking : Cara Daftar dan Login Kali Pertama

Islah Ibrahim

Kali ini penulis akan kongsikan bagaimana kaedah menggunakan Bank Islam Online Banking cara daftar dan login untuk kali pertama. Semua institusi bank ketika ini telah menyediakan perbankan internet, urusan transaksi secara online adalah lebih mudah kerana semua bank menyediakan aplikasi melalui smartphone sahaja.

Jika anda adalah pemegang akaun Bank Islam, laman portal rasmi untuk Bank Islam ialah www.bankislam.biz. Kesemua urusan termasuk untuk pendaftaran kali pertama bank islam online banking juga adalah melalui portal ini.

Bank Islam Online Banking : Cara Daftar & Login Kali Pertama

Cara Daftar Bank Islam Online Banking

Jika anda adalah kali pertama untuk mendaftar Bank Islam Online Banking, kaedahnya mudah sahaja. Kemaskini bagi tahun 2022 ini, pihak bank islam telah menaik taraf sistem internet mereka bagi memudahkan para pemegang akaun Bank Islam.

Berikut adalah langkah-langkahnya:

  1. Pastikan anda telah mempunyai akaun bank islam yang telah dibuka melalui kaunter mana-mana cawangan Bank Islam. Jika tiada, anda tidak boleh mendaftarkan Bank Islam Online Banking anda.
  2. Jika belum mendaftar, pergilah ke mana-mana cawangan, pastikan sudah berumur 18 tahun ke atas.
  3. Sila bawa kad pengenalan anda semasa hadir ke cawangan Bank Islam bagi tujuan pengesahan semasa pendaftaran akaun.
  4. Setelah selesai mendaftar, anda akan memiliki satu kad ATM Bank Islam. Selepas anda dapat kad ATM tersebut, sila tetapkan no pin anda pada mesin ATM. Kerana pin tersebut diperlukan semasa anda membuat pendaftaran kali pertama untuk Bank Islam Online Banking anda di portal.
  5. Setelah penetapan pin selesai, anda terus boleh layari www.bankislam.biz untuk mendaftar kali pertama internet banking bank islam anda.
  6. Seterusnya anda boleh layari ke laman portal www.bankislam.biz dam klik pada butang ‘First Time User’.
  7. Semasa anda mengisi maklumat pada portal tersebut, pastikan anda ingat no pin pada kad yang anda telah daftar semasa di mesin ATM tadi.
  8. Kemudian anda terus boleh dafar id dan memilih kata laluan ‘password’ untuk anda mula gunakan perbankan internet bank islam selepas ini.
ARTIKEL LAIN  Semak Sijil Simpanan Premium ,Tarikh Cabutan dan Hadiah 2022/2023

Tahniah, anda sudah mula boleh gunakan perbankan internet bank islam untuk urusan secara atas talian.

Berikut adalah video tutorial bagaimana untuk mendaftar perbankan internet Bank Islam ini.

Cara Daftar Aplikasi GO Bank Islam (Apps Untuk Smartphone)

Selain daripada melayari portal rasmi Bank Islam, anda juga boleh menggunakan aplikasi khas untuk smartphone yang disebut sebagai App Go Bank Islam.

2 go biz pre login 1

Berikut adalah langkah-langkah untuk menggunakan Go Bank Islam:

  1. Anda muat turun aplikasi Go Bank Islam melalui pautan ini , Go Bank Islam untuk android dan ikuti langkah yang sama untuk Apple Store.
  2. Semasa mendaftar ,isikan user id dan password yang telah anda daftarkan semasa anda login ke portal www.bankislam.biz
  3. Anda akan menerima kod IAC dari Bank Islam yang akan dihantar ke telefon anda.
  4. Langkah akhir, anda terus boleh login ke aplikasi Go Bank Islam dengan menggunakan kata laluan yang telah anda daftarkan. Anda juga mempunyai pilihan cap jari untuk diaktifkan.

Semoga perkongsian ini dapat membantu anda untuk mula menggunakan perbankan internet Bank Islam untuk memudahkan urusan harian anda hanya melalui atas talian. Jika perkongsian ini bermanfaat, jangan lupa kongsikan kepada rakan-rakan atau keluarga anda.

Prev Article
Next Article

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • 68673322 10156895669985892 4567302685383983104 n
    Maksud B40 M40 dan T20 Serta Pendapatan …
    November 25, 2022 0
  • bsn
    Semak Sijil Simpanan Premium ,Tarikh Cabutan dan …
    November 26, 2022 0
  • Biskut Berasap
    Bahaya Makan Biskut Berasap, Ini Jawapan Dari …
    December 22, 2016 2
  • 11390358 1422374468086276 987388247060842716 n
    Semakan BMT 2023 Bantuan Musim Tengkujuh Online
    November 29, 2022 0
  • perjanjian2520tppa1
    Apa Itu Perjanjian TPPA Dan Kesan Jangka …
    October 6, 2015 1

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2025 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)