Sekiranya anda terlupa niat puasa ramadhan sebulan atau niat harian , ini adalah panduan lengkap untuk rujukan anda.
Kami akan kongsikan bagaimana untuk niat puasa sebulan penuh harian bersama dengan bacaan jawi, rumi dan maksudnya.
Ibadah puasa adalah kewajipan yang mesti ditunaikan oleh setiap umat islam yang telah baligh. Ianya memberi peluang kepada umat islam untuk merebut ribuan ganjaran yang telah dijanjikan oleh Allah S.W.T
Sekiranya anda ingin mendapatkan info niat puasa ganti boleh pergi kepada pautan ini. NIAT PUASA GANTI DAN PUASA 6 SYAWAL
Dalam artikel ini akan membantu memperincikan niat puasa ramadhan sebulan dan harian untuk panduan anda.
Pengenalan Puasa
Puasa dari segi bahasa bermakna ‘menahan diri’
Maksud dari sudut syarak pula adalah ‘menahan diri dari melakukan perkara yang membatalkan puasa termasuk makan dan minum bermula dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari disertakan dengan niat’.
Niat puasa di bulan Ramadhan ini adalah salah satu daripada rukun dalam ibadat puasa. Hukumnya adalah wajib, sekiranya seseorang itu tidak berniat maka dia dianggap tidak berpuasa pada hari itu.
Mungkin ada dalam kalangan anda yang tertanya-tanya bilakah waktu anda perlu berniat puasa?
Waktu untuk kita berniat puasa adalah ketika terbenamnya matahari (pada waktu maghrib) sehingga terbit fajar ( pada waktu subuh). Kita boleh melakukan niat pada mana-mana masa dalam tempoh itu.
Penerangan mengenai niat puasa ramadhan sebulan dan harian akan dikupas dalam artikel ini dibawah.
Niat Puasa Ramadhan Sebulan atau Harian
Perkara ini telah ditimbulkan masyarakat kerana sering menjadi persoalan samada memadai dengan niat sebulan atau memperbaharuinya pada setiap malam.
Ianya menjadi topik perbincangan para ulamak sejak dahulu lagi. Menurut pernyataan yang telah dikeluarkan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Setelah melihat beberapa pandangan, maka yang paling cenderung adalah dengan berpandukan kepada mazhad Al-Syafie dimana niat setiap malam perlulah dilakukan setiap hari atau diperbaharui untuk menunaikan puasa. Walaubagaimanapun tidak menjadi masalah untuk berniat untuk satu bulan penuh.
Ianya sebagai satu langkah berjaga-jaga sekiranya ada hari yang terlupa untuk berniat.
Seseorang itu hendaklah berniat harian untuk setiap malam. Itulah yang menjadi amalan kita di Malaysia.
Lafaz Niat Puasa Ramadhan Sebulan Penuh dan Harian
Berikut adalah niat puasa sebulan penuh dan harian untuk panduan anda:
Hikmah dari amalan niat puasa sebulan penuh dan harian sebagai salah satu kaedah sekiranya seseorang itu terlupa dalam satu malam untuk berniat harian, maka dibolehkan untuk menggunakan niat sebulan yang telah dilakukan pada awal ramadhan.
Sebagai seorang muslim yang ingin mencari keredhaan Allah S.W.T kita seharusnya memahami apakah hikmah dalam ibadah puasa dan kelebihan di bulan Ramadhan.
- Tibanya Ramadhan dalam kehidupan umat islam, seluruh umat islam di seluruh dunia akan menunaikan ibadah puasa secara serentak dengan mengikut masa di negara masing-masing. Ianya merupakan kesatuan hati dan niat tiada tujuan lain selain mencari keredhaan dan mengabdikan diri kepada Allah S.W.T
- Kewajipan bepuasa perlu ditunaikan oleh semua umat islam tidak kiralah anda golongan kaya, miskin ,atau lain-lain keadaan. Semua perlu menempuh ujian yang sama. Ianya akan membantu menimbulkan rasa insaf dan rasa timbang rasa dan kasih sayang antara sesama umat islam
- Ibadah puasa akan melahirkan jiwa insan yang tetap teguh dan taat kepada perintah Allah, dari sinilah ketenangan jiwa akan lahir dan meningkatkan ketakwaan
- Kelebihan berpuasa juga sebenarnya memberi manfaat kepada kesihatan, perut akan melalui proses pembersihan dan ikhtiar untuk mengelak dari beberapa penyakit untuk hadir dalam tubuh badan kita
- Nabi Muhammad S.A.W juga ada mengajar umatnya bahawa ibadah puasa ini adalah separuh dari kesabaran. Sesiapa yang berpuasa maka mereka itu belajar untuk bersabar dalam menempuh ujian sepanjang berpuasa, seterusnya melatih untuk hambaNya lebih kuat selepas tamatnya ujian di bulan Ramadhan
- Mereka yang berpuasa lebih disayangi oleh Allah, dijauhi azab api neraka dan dapat menghapuskan dosa-dosa kecil.
- Ibadah puasa yang diamalkan dengan cara yang sempurna seperti yang diajar oleh syarak akan dapat menghapuskan dosa-dosa kecil yang lalu
- Hadirnya ramadhan bermakna dibukakan pintu-pintu syurga serta ditutup pintu-pintu neraka dan akan dirantaikan syaitan
- Pada bulan Ramadhan lah berlakunya saat paling penting iaitu al-Quran telah diturunkan pada 17 Ramadhan dimana umat islam akan menyambut Nuzul Al-Quran. Ianya akan menjadi sebuah kitab pedoman manusia sehingga ke akhir zaman
- Pada bulan Ramadhan juga akan disedikan satu malam yang lebih baik dari 1000 bulan iaitu Lailatul Qadar dengan janji ganjaran amalam seperti 83 tahun iaitu 1000 bulan dan pelbagai ganjaran hebat dari Allah S.W.T bagi mereka yang menghidupkan malam-malam ramadhan termasuk malam lailatul qadar.
Semoga perkongsian niat puasa ramadhan sebulan penuh dan harian ini akan memberikan pencerahan dengan lebih jelas untuk anda tentang cara berniat, kenapa perlu niat sebulan dan harian serta hikmah berpuasa.
No Responses