BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Biodata dan 10 Fakta Menarik Dato’ Sani Pemilik Syarikat Bas Sani Express

ammar
biodata dato sani express
Isi Kandungan Tutup
1. Biodata Penuh Dato Sani
2. Biodata Dato Sani
2.1. Profil Usahawan Dato’ Sani (Biodata Dato Sani)
2.2. 10 Fakta Menarik dan Biodata Dato Sani Pemilik Bas Sani Ekspres (Biodata Dato Sani)

Biodata Penuh Dato Sani

Biodata Dato Sani. Buat sesiapa yang pernah menaiki bas SANI Express mesti tertanya-tanya siapakah pemilik disebalik syarikat bas terkenal ini. Untuk pengetahuan semua, pemilik disebalik nama besar SANI Express adalah seorang anak Melayu tempatan bernama Datuk Wan Mohammad Sani Salleh.

Dato’ Sani merupakan seorang anak Melayu tempatan yang mempunyai semangat yang kental kerana pada usia 41 tahun(2017), anak tempatan ini bagaikan memiliki segala-galanya.

Perniagaan yang memberi pulangan jutaan ringgit, bangunan sendiri sebagai pusat operasi perniagaan dengan kos pembelian serta pengubahsuaian mencecah RM7 juta, memandu kereta Ferrari F360 Modena bernilai RM1 juta dan mendiami banglo mewah bernilai RM 9 juta.

Biodata Dato Sani

Profil Usahawan Dato’ Sani (Biodata Dato Sani)

Nama : Datuk Wan Mohammad Sani Salleh

Usia : 41 tahun(2017)

Lahir : 24 Julai 1976 di Kuala Ibai, Kuala Terengganu, Terengganu

Adik Beradik: Keempat daripada enam beradik

Pendidikan : Diploma Pengurusan Perniagaan Kolej Sunway (1994)

Jawatan : Pengarah Urusan Sani United Sdn Bhd (Sani Express Sdn Bhd, Sani Properties Sdn Bhd dan Sani Hotel Sdn Bhd).

Pencapaian : Dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk oleh Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah (Jun 2009) dan Anugerah Usahawan Cemerlang Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Kuala Lumpur (April, 2009)

10 Fakta Menarik dan Biodata Dato Sani Pemilik Bas Sani Ekspres (Biodata Dato Sani)

1- Wan Mohammad Sani Salleh merupakan pemilik rangkaian operasi bas dan juga Pengarah Urusan Sani United Sdn Bhd (Sani Ekspress Sdn Bhd, Sani Properties Sdn Bhd, dan Sani Hotel Sdn Bhd.

2- Beliau dilahirkan pada 24 Julai 1976 di Kuala Ibai, Kuala Terengganu, Terengganu.

3- Sani memiliki Diploma Perniagaan dari Kolej Sunway pada tahun 1994.

4- Beliau memulakan karier sebagai seorang penyanyi. Beliau adalah ahli kumpulan Impression yang ditubuhkan pada lewat 90-an. Ahli kumpulan yang lain adalah Norman Hakim dan Eizlan Yusoff yang kini pelakon.

5- Pada pandangan Sani, adalah agak sukar untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang seni. Lalu, Sani mengubah haluan hidup apabila terfikir keadaan hidupnya pada masa hadapan jika terus berada di dalam bidang seni.

ARTIKEL LAIN  Garis Panduan Cara Penyimpanan Susu Ibu Dengan Betul

6- Beliau sudah menerima pelbagai pengiktirafan termasuk Tokoh Usahawan Muda pada usia 35 tahun. Dalam masa 7 tahun, beliau berjaya menggaji 150 tenaga kerja di syarikatnya selain memiliki sebuah bangunan 3 tingkat. Ia dinamakan Wisma Dato’ Sani dan terletak di Klang Sentral.

7- Hasrat untuk memiliki perniagaan bas timbul selepas beliau sering berulang-alik dari Kuala Lumpur ke Terengganu sejak 20 tahun lalu. Kerana pengalaman ‘luas’ menaiki bas, dia berazam mahu memberikan perkhidmatan bas yang terbaik kepada orang ramai. Dia juga mahu memperkenalkan bas-bas berteknologi tinggi di Malaysia seperti bullet bus. Perkhidmatan basnya juga telah menambah laluan-laluan baru ke utara.

8- Perkhidmatan Sani Express dilengkapi system Global Positioning Sysyem (GPS) dan DAX yang mampu memantau dan merekod data kelajuan pemanduan serta sistem amaran. Sistem ini amat berguna untuk mengingatkan pemandu agar tidak memandu melebihi had kelajuan yang dibenarkan.

Sani Ekspress juga telah diberikan penarafan 4 bintang oleh Malaysia Institute of Road Safety Research (MIROS) untuk ‘Safety Star Grading for Bus Operator’.

Penumpang yang hendak membeli tiket di kaunter tiket akan mendapati ia dilengkapi dengan kamera litar tertutup atau CCTV yang disambungkan dengan ibu pejabat.

9- Sani menganggap sektor pengangkutan adalah sektor yang mencabar dan memerlukan semangat yang kuat bagi berdepan dengan banyak risiko. Beliau percaya bahawa minat, selain sikap tidak malu bertanya dan mahu belajar adalah faktor kejayaan dirinya.

Beliau tidak memilih dalam mencari ilmu, malah menerima ilmu daripada pemandu bas serta mekanik. Beliau juga turut belajar daripada mereka yang pernah gagal kerana kegagalan itu bagi dirinya mampu dijadikan iktibar buat dirinya.

10- Syarikat yang asalnya tertumpu kepada industri pengangkutan, akhirnya berkembang kepada industri hospitaliti, hartanah dan bengkel yang membuat dan memenuhi pelbagai aktiviti ekonomi serta permintaan pasaran.

Diharap dengan biodata Dato Sani ini, kita semua dapat mengambil contoh tauladan yang baik buat kehidupan kita. Untuk menjadi seorang yang berjaya kita mesti melihat bagaimana seseorang itu berjaya dan mencontohi orang yang berjaya. Jadi, dengan melihat Biodata Dato Sani ini sudah pasti ramai yang boleh beranggapan beliau ada salah seorang insan yang berjaya di Malaysia.

Prev Article
Next Article

5 Comments

  1. Anuar

    Bila baca artikel ni baru teringat balik kepada seorang artis bernama Sani Salleh… Rupanya Dato Sani ni adalah Artis yang dah lama menghilang….. Baru tahu… Terima kasih di atas perkongsian info..

    July 18, 2017
  2. Semakan SAPS Ibu Bapa

    Dari bidang seni ke bidang perniagaan. Semoga terus sukses

    July 18, 2017
  3. Pingback: Kenali Pemilik Rangkaian Operasi Bas Sani Ekspres, Dato' Wan Mohammad Sani Salleh - Majalah Labur
    August 10, 2018
  4. Husein Bin Don

    As salam. Bilakah Sani Ekspress nak mulakan perkhidmatan feri dari Kuala Kedah-Langkawi dan Kuala Perlis-Langkawi. Skrg ni perkhidmatan feri di monopoli oleh Konsortium Ferry Line Venture sahaja.

    August 3, 2021
  5. Bekas Secretary

    Saya pernah bekerja dengan Dato Sani. EPF staff pun tak bayar sebab nak buka business lain. Ramai yg dah berhenti. Hanya kami yg pernah bekerja dengan dia sahaja tahu disebalik kejayaannya telah menzalimi org lain.

    November 10, 2023
  6. Mat Tamrai

    Assalamualaikum,mesej saya kepada Dato’Sani, sebagai kawan lama saya terpaksa nyatakan kebenaran tentang kebanyakan driver bus Sani Express yg berbangsa Melayu mengaku Islam tetapi haram jadahhhh ni,bila masuk waktu solat zohor ke, Asar ke, maghrib ke, subuh ke, jenis driver melayu babi anak haram jadahhhh yang bawa bas Sani Express ni xmahu berhenti untuk membolehkan penumpang yang beragama Islam mengerjakan solat, kebanyakan driver melayu masih muda yg memandu bas Sani Express ni jenis haram JADAH,Klau driver tu melayu tapi xmahu solat xpe Sb kita pon tahu driver tu melayu dn xsolat,lahir dari puki babi hutan, tapi Klau penumpang lain yang beragama Islam nak solat,KO berhenti laa kt RNR driver bas Sani Express jenis melayu anjing babi hutan oiiii,Dato’ tolong buang pemandu bas Dato’ yang melayu jenis xreti nk berhenti di R&R untuk membolehkan penumpang solat ni…gara gara dia saja, hampir semua team team aku dn kawan-kawan aku 31org yang hampir setiap minggu berulang alik dari Seremban ke Butterworth, kuala lumpur ke Alor Setar dah xmahu naik Sani Express lagi lepas masing-masing 2-3 x naik bas Sani Express driver xmau berhenti kt R&R untuk membolehkan penumpang solat, dh kena 2-3 x MCM tu,smua kawan2 aku dn team aku dh tukar naik bas cosmic milik Syafiq anak Dato’ Abu Hassan,bas cosmic mmg terbaik Sb nk berhenti solat je driver akn berhenti bagi penumpang solat…padan muka Sani Express Sb suka ambil driver melayu otak babi hutan yang bodoh bangang jahil bab agama untuk bawa bas Sani Express,lepas ni Klau Sani Express masih simpan driver melayu otak babi hutan tu untuk bawa bas Sani Express untuk perjalanan yang jauh, bersedialah syarikat Sani Express untuk menghadapi bankrup….nk selamat kan bisnes, hantar perisik dalam setiap bas untuk siasat perkara ni betul ke x betul apa yg aku cakap Klau KO nak jaga dan selamatkan bisnes KO ye Sani, keluarga aku dlu smua naik bas Sani Express bila nk kemana-mana pun,bila dh kena time solat xnk berhenti, semua ahli keluarga aku dn adik beradik aku dh bertaubat nasuha untuk xnaik lagi bas Sani Express… simpan driver melayu sial MCM tu,MCM simpan biawak hidup atas belakang KO laa Sani, banyak lagi laa driver melayu yang baik baik dn bertanggungjawab terhadap amal ibadah penumpang yang beragama Islam,driver cina dn India pon akan berhenti untuk membolehkan penumpang solat,ni driver melayu sendiri yang xnak berhenti supaya penumpang boleh solat, mmg babi laa driver tu,Sb tu bas Sani Express suka terbakar,bas yang terbakar tempoh hari tu pun lepas driver xnk berhenti solat kt masjid lpas masuk waktu zohor,padan muka driver bas Sani Express yg sial babi hutan tu 😝😝😝🤣🤣🤣🤣

    March 11, 2024

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • Kerjaya Dengan Pendapatan Tinggi Tanpa Perlu Ijazah
    Inilah 20 Kerjaya Di Malaysia Dengan Pendapatan …
    September 1, 2017 2
  • Tiket Bas Online Ke Seluruh Negeri Semenanjung Malaysia 2022
    Tiket Bas Online Ke Seluruh Negeri Semenanjung …
    October 18, 2022 0
  • Akaun Maybank
    TOLONG SEBARKAN!!! Orang Ramai Miliki Akaun Maybank …
    June 8, 2017 0
  • Logo01.20221 600x600.png
    Senarai Foodpanda Voucher Terkini Bulan November 2022
    November 21, 2022 0
  • i citra
    Semakan Tarikh Pembayaran i-Citra Disember 2021
    December 3, 2021 0

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2026 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)