
Biodata Penuh Dato Sani
Biodata Dato Sani. Buat sesiapa yang pernah menaiki bas SANI Express mesti tertanya-tanya siapakah pemilik disebalik syarikat bas terkenal ini. Untuk pengetahuan semua, pemilik disebalik nama besar SANI Express adalah seorang anak Melayu tempatan bernama Datuk Wan Mohammad Sani Salleh.
Dato’ Sani merupakan seorang anak Melayu tempatan yang mempunyai semangat yang kental kerana pada usia 41 tahun(2017), anak tempatan ini bagaikan memiliki segala-galanya.
Perniagaan yang memberi pulangan jutaan ringgit, bangunan sendiri sebagai pusat operasi perniagaan dengan kos pembelian serta pengubahsuaian mencecah RM7 juta, memandu kereta Ferrari F360 Modena bernilai RM1 juta dan mendiami banglo mewah bernilai RM 9 juta.
Biodata Dato Sani
Profil Usahawan Dato’ Sani (Biodata Dato Sani)
Nama : Datuk Wan Mohammad Sani Salleh
Usia : 41 tahun(2017)
Lahir : 24 Julai 1976 di Kuala Ibai, Kuala Terengganu, Terengganu
Adik Beradik: Keempat daripada enam beradik
Pendidikan : Diploma Pengurusan Perniagaan Kolej Sunway (1994)
Jawatan : Pengarah Urusan Sani United Sdn Bhd (Sani Express Sdn Bhd, Sani Properties Sdn Bhd dan Sani Hotel Sdn Bhd).
Pencapaian : Dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk oleh Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah (Jun 2009) dan Anugerah Usahawan Cemerlang Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Kuala Lumpur (April, 2009)
10 Fakta Menarik dan Biodata Dato Sani Pemilik Bas Sani Ekspres (Biodata Dato Sani)
1- Wan Mohammad Sani Salleh merupakan pemilik rangkaian operasi bas dan juga Pengarah Urusan Sani United Sdn Bhd (Sani Ekspress Sdn Bhd, Sani Properties Sdn Bhd, dan Sani Hotel Sdn Bhd.
2- Beliau dilahirkan pada 24 Julai 1976 di Kuala Ibai, Kuala Terengganu, Terengganu.
3- Sani memiliki Diploma Perniagaan dari Kolej Sunway pada tahun 1994.
4- Beliau memulakan karier sebagai seorang penyanyi. Beliau adalah ahli kumpulan Impression yang ditubuhkan pada lewat 90-an. Ahli kumpulan yang lain adalah Norman Hakim dan Eizlan Yusoff yang kini pelakon.
5- Pada pandangan Sani, adalah agak sukar untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang seni. Lalu, Sani mengubah haluan hidup apabila terfikir keadaan hidupnya pada masa hadapan jika terus berada di dalam bidang seni.
6- Beliau sudah menerima pelbagai pengiktirafan termasuk Tokoh Usahawan Muda pada usia 35 tahun. Dalam masa 7 tahun, beliau berjaya menggaji 150 tenaga kerja di syarikatnya selain memiliki sebuah bangunan 3 tingkat. Ia dinamakan Wisma Dato’ Sani dan terletak di Klang Sentral.
7- Hasrat untuk memiliki perniagaan bas timbul selepas beliau sering berulang-alik dari Kuala Lumpur ke Terengganu sejak 20 tahun lalu. Kerana pengalaman ‘luas’ menaiki bas, dia berazam mahu memberikan perkhidmatan bas yang terbaik kepada orang ramai. Dia juga mahu memperkenalkan bas-bas berteknologi tinggi di Malaysia seperti bullet bus. Perkhidmatan basnya juga telah menambah laluan-laluan baru ke utara.
8- Perkhidmatan Sani Express dilengkapi system Global Positioning Sysyem (GPS) dan DAX yang mampu memantau dan merekod data kelajuan pemanduan serta sistem amaran. Sistem ini amat berguna untuk mengingatkan pemandu agar tidak memandu melebihi had kelajuan yang dibenarkan.
Sani Ekspress juga telah diberikan penarafan 4 bintang oleh Malaysia Institute of Road Safety Research (MIROS) untuk ‘Safety Star Grading for Bus Operator’.
Penumpang yang hendak membeli tiket di kaunter tiket akan mendapati ia dilengkapi dengan kamera litar tertutup atau CCTV yang disambungkan dengan ibu pejabat.
9- Sani menganggap sektor pengangkutan adalah sektor yang mencabar dan memerlukan semangat yang kuat bagi berdepan dengan banyak risiko. Beliau percaya bahawa minat, selain sikap tidak malu bertanya dan mahu belajar adalah faktor kejayaan dirinya.
Beliau tidak memilih dalam mencari ilmu, malah menerima ilmu daripada pemandu bas serta mekanik. Beliau juga turut belajar daripada mereka yang pernah gagal kerana kegagalan itu bagi dirinya mampu dijadikan iktibar buat dirinya.
10- Syarikat yang asalnya tertumpu kepada industri pengangkutan, akhirnya berkembang kepada industri hospitaliti, hartanah dan bengkel yang membuat dan memenuhi pelbagai aktiviti ekonomi serta permintaan pasaran.
Diharap dengan biodata Dato Sani ini, kita semua dapat mengambil contoh tauladan yang baik buat kehidupan kita. Untuk menjadi seorang yang berjaya kita mesti melihat bagaimana seseorang itu berjaya dan mencontohi orang yang berjaya. Jadi, dengan melihat Biodata Dato Sani ini sudah pasti ramai yang boleh beranggapan beliau ada salah seorang insan yang berjaya di Malaysia.
Anuar
Bila baca artikel ni baru teringat balik kepada seorang artis bernama Sani Salleh… Rupanya Dato Sani ni adalah Artis yang dah lama menghilang….. Baru tahu… Terima kasih di atas perkongsian info..
Semakan SAPS Ibu Bapa
Dari bidang seni ke bidang perniagaan. Semoga terus sukses
Husein Bin Don
As salam. Bilakah Sani Ekspress nak mulakan perkhidmatan feri dari Kuala Kedah-Langkawi dan Kuala Perlis-Langkawi. Skrg ni perkhidmatan feri di monopoli oleh Konsortium Ferry Line Venture sahaja.