BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Cik Epal Hadiahkan Suami Ford Mustang 5.0 GT

ammar

Sebut sahaja nama Cik Epal sudah pasti ramai yang sudah mengenali nama ini terutamanya dalam kalangan blogger di Malaysia. Mana tidaknya, dengan hanya menjadi seorang blogger Cik Epal mampu menjana pendapatan lumayan sejak zaman belajar sehingga sekarang.

Jika anda antara yang mengikuti perkembangan Cik Epal ini anda sudah pasti tahu berapakah pendapatan Cik Epal perolehi menerusi blogging.

Mendapat pendapatan 5 angka sebulan adalah perkara biasa bagi Cik Epal dan tidak hairanlah jika kisahnya membeli beg tangan RM12,500 menjadi tular di media sosial.

Bukan sahaja bergelar sebagai blogger, Cik Epal juga mengusahakan perniagaan produk kesihatan bersama suaminya Jofliam. Jadi tidak hairanlah baru-baru ini Cik Epal sekeluarga pergi menunaikan umrah dengan pakej VVIP.

Mengikut pengiraan kami, pakej umrah VVIP yang diambil oleh Cik Epal sekeluarga adalah bernilai ratusan ribu ringgit.

Bersempena hari lahir ke-30 suami Cik Epal iaitu Jofliam, beliau membuat satu kejutan yang tidak terduga.

Pada awalnya Jofliam mengagak Cik Epal membawanya naik helikopter(seperti kisah dulu-dulu) tetapi Jofliam silap!

Jofliam di”suprisekan” dengan sebuah kereta sport mewah iaitu Ford Mustang 5.0 GT.

View this post on Instagram

Video part 5 Surprise Birthday Jofliam . Selama aku berkahwin dan hidup serumah dengan @jofliam ni,apa yang aku nampak dia tak pernah berkira dengan aku. Dari zaman aku study sampai dah kahwin ni,aku memang jenis suka beli apa-apa guna duit sendiri.Tak suka nak mintak orang belikan apa2 kehendak aku. Tapi kadang-kadang dia yang tetiba nak belanja aku baju lah, kasut lah, perfume lah,handbag lah tanpa aku minta. . Orang kalau nak bagi, kita kena ambil. Rezeki jangan ditolak nokkk. Ehehe. Aku ni pulak jenis kalau orang tak berkira dengan aku, aku boleh berganda tak kan berkira dengan dia. . Kalau dia layan aku macam QUEEN 👸, aku berpuluh kali ganda boleh layan dia macam KING 🤴 . Aku tahu kemampuan dia. Aku tahu dia boleh beli sangat kereta Ford Mustang 5.0 GT ni. Cuma aku rasa kalau aku bagi hadiah kereta Ford Mustang 5.0 GT ni dekat dia dengan hasil duit usaha aku sendiri, maybe dia akan lebih hargai 😊 . Bersambung…

A post shared by Cik Epal 🍎 (@cikepal06) on Feb 18, 2019 at 10:38pm PST

cikepal06

Surprise Birthday Jofliam
.
Selama aku berkahwin dan hidup serumah dengan @jofliam ni,apa yang aku nampak dia tak pernah berkira dengan aku. Dari zaman aku study sampai dah kahwin ni,aku memang jenis suka beli apa-apa guna duit sendiri.Tak suka nak mintak orang belikan apa2 kehendak aku. Tapi kadang-kadang dia yang tetiba nak belanja aku baju lah, kasut lah, perfume lah,handbag lah tanpa aku minta.
.
Orang kalau nak bagi, kita kena ambil. Rezeki jangan ditolak nokkk. Ehehe. Aku ni pulak jenis kalau orang tak berkira dengan aku, aku boleh berganda tak kan berkira dengan dia.
.
Kalau dia layan aku macam QUEEN 👸, aku berpuluh kali ganda boleh layan dia macam KING 🤴
.
Aku tahu kemampuan dia. Aku tahu dia boleh beli sangat kereta Ford Mustang 5.0 GT ni. Cuma aku rasa kalau aku bagi hadiah kereta Ford Mustang 5.0 GT ni dekat dia dengan hasil duit usaha aku sendiri, maybe dia akan lebih hargai 😊

Tahniah diucapkan kepada Jofliam kerana mendapat hadiah paling bermakna dalam hidup iaitu sebuah kereta ikhlas dari seorang isteri.

ARTIKEL LAIN  CCTV Hospital Merakam Satu Jasad Misteri Seorang Nenek Bongkok. Pihak Hospital Tampil Beri Penjelasan

Bukan nilai kereta yang menjadi ukuran tetapi sebuah keikhlasan seorang isteri kepada suami yang membuatkan ramai terharu. Terus terang kami katakan, kami sungguh terharu melihat video yang dikongsi oleh mereka berdua ini.

Kami doakan supaya Cik Epal dan Jofliam bahagian ke anak cucu, hingga hujung nyawa dan supaya berjaya dunia dan akhirat.

Prev Article
Next Article

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • graduan um
    Tak Sempat Naik Pentas Konvo Dah Kena …
    October 15, 2019 0
  • Mahathir Marah
    Muhyiddin Akan Berdepan “Masalah Yang Sangat Besar”, …
    May 28, 2020 0
  • 1Borneo Hypermall Kota kinabalu
    Hypermall Terkenal di Sabah Bakal Bergelap Kerana …
    June 26, 2018 0
  • Datuk-Che-Mat-Che-Ali.jpg
    Berdosa Tak Bayar Zakat Melalui Kerajaan- PPZ
    November 19, 2015 0
  • Gambar Kebakaran Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru
    Gambar Kebakaran Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru
    October 25, 2016 0

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2025 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)