BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Berdosa Tak Bayar Zakat Melalui Kerajaan- PPZ

ammar

Datuk-Che-Mat-Che-Ali.jpg Berdosa Tak Bayar Zakat Melalui Kerajaan- PPZ

Tindakan sesetengah pihak yang tidak mahu membayar zakat melalui pusat zakat yang disediakan oleh kerajaan yang memerintah dianggap berdosa. Kata-kata itu diucapkan oleh Pengerusi Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) Datuk Che Mat Che Ali.

Che Mat berkata, walaupun tindakan sesetengah pihak membayar zakat terus kepada institusi tertentu, namun ia dianggap “berdosa” kerana tidak membayar kepada kerajaan yang memerintah.

Hujahnya diperkukuhkan dengan membacakan sepotong ayat al-Quran yang menyeru umat Islam supaya taat kepada Allah, Rasul dan pemerintah.

“Seperti yang Majlis Fatwa Kebangsaan tahun 2006 sebut… kena bayar kepada pemerintah. Tapi ada mereka yang bayar macam ini (tidak kepada pusat zakat) hukumnya sah tetapi berdosa.

“Sebab ini kerajaan. Kalau bayar secara terus, nanti orang yang kita rasa nak bayar, ramai yang bayar di situ sedangkan kalau melalui sistem agihan Baitulmal, kita ada data siapa yang betul-betul orang yang layak atau tidak,” katanya.

Che Mat berkata orang ramai perlu membuat pembayaran zakat di pusat yang disediakan bagi memastikan agihan kepada asnaf diberi secara adil.

“Agihan ini kena adil. Kita tak mahu orang buat aduan. Mungkin tak adil untuk dia dapat sumbangan dari orang lain.

“Kita nak mencari pahala dan berkat tapi kalau buat begitu nanti orang lain akan kecewa,” katanya lagi.

Sementara itu, PPZ-MAIWP hari ini menerima zakat perniagaan koperasi berjumlah RM1.68 juta daripada 14 buah koperasi yang membuat pembayaran zakat mereka sepanjang tahun haul 2014.

Majlis hari ini diadakan bertujuan memberi galakan serta berharap agar lebih banyak koperasi akan membuat pembayaran zakat perniagaan bagi tahun-tahun seterusnya.

ARTIKEL LAIN  Hentikan Fitnah, Sebenarnya Dato' Boy Iman Tidak Bersalah?
Prev Article
Next Article

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • doktor wanita
    Doktor Wanita Ini Cari Jodoh, Sanggup Jadi …
    October 14, 2016 3
  • anggota polis perut buncit tidak akan dinaikkan pangkat.jpg
    Anggota Polis Perut Buncit Tidak Akan Dinaikkan …
    January 7, 2016 1
  • Perkahwinan Puteri Sultan Johor
    Koleksi Gambar Majlis Perkahwinan Puteri Sultan Johor …
    August 14, 2017 0
  • perjanjian2520tppa1
    Apa Itu Perjanjian TPPA Dan Kesan Jangka …
    October 6, 2015 1
  • aliff aziz dibebaskan
    Aliff Sudah Dibebaskan Dengan Jaminan Polis
    July 29, 2017 1

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2026 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)