BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Contoh Resume Terbaik Untuk Mohon Kerja Bahasa Melayu ke Inggeris

Islah Ibrahim

Jika anda sedang mencari kerja saat ini, tentu anda sedang risau kalau resume yang anda sediakan kurang menarik dan tidak mampu menarik majikan untuk mengambil anda bekerja. Usah risau, kali ini anda akan temui penyelesaian kerana penulis akan sediakan contoh resume terbaik untuk mohon kerja.

Panduan ini juga sesuai untuk anda yang baru ‘fresh graduate’ atau ingin menyediakan resume untuk memohon di SPA. Kebanyakan graduan baru mungkin kurang pendedahan pada peringkat awal untuk menyediakan resume yang menarik. Ini kerana perkara tersebut kurang didedahkan semasa tempoh belajar di institusi pendidikan anda.

Perkara asas untuk anda menyediakan resume yang lengkap adalah disertakan sekali bersama-sama dengan cover letter.

Contoh Cover Letter Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris

Cover Letter adalah lampiran pengenalan dalam bentuk surat, anda boleh sertakan Cover letter ini bersama dengan resume anda atau disebutkan sebagai curriculum vitae (CV).

Berikut adalah Contoh Cover letter yang boleh menjadi rujukan anda.

Contoh Cover Letter Bahasa Melayu

cl melayu

Anda boleh sertakan Cover letter ini bersama dengan resume anda.

Contoh Cover Letter Bahasa Inggeris

contoh resume terbaik

Contoh Resume Terbaik Untuk Mohon Kerja

Selepas anda telah selesai menyediakan Cover letter sebagai surat pengenalan kepada bakal majikan anda, sekarang tibalah masa untuk anda sediakan resume terbaik untuk mohon kerja dengan lengkap dan menarik.

Menyediakan resume terbaik adalah penting untuk memikat hati bakal pelanggan mengambil anda bekerja. Ini kerana daripada resume sahaja, majikan anda sudah boleh membaca sejauh mana tahap disiplin dan ketelitian dalam membuat kerja, terutamanya dalam kerja-kerja pejabat atau perkeranian. Kesilapan susunan, salah eja, penerangan yang tidak jelas serta maklumat yang tidak perlu hendaklah dielakkan dalam menghasilkan resume yang terbaik.

Berikut adalah ciri-ciri yang perlu ada untuk menghasilkan resume yang terbaik dan berkualiti.

  • Resume anda mesti ada makluman penting berkenaan pengalaman dan kelayakan dan pastikan ianya relevan dengan dengan jawatan yang anda pohon. Hadkan kepada dua muka surat sahaja dalam bentuk A4.
  • Majikan boleh menggunakan sistem penjejakan pemohon, jadi anda mesti menggunakan kata kerja aktif yang sesuai dalam resume.
  • Tonjolkan objektif resume yang menarik
  • Nyatakan dengan jelas pengetahuan anda di bahagian pendidikan.
  • Mesti fokus kepada pengalaman yang anda perolehi semasa di tempat pengajian anda dan sesuai untuk digunakan di tempat kerja yang anda pohon.
  • Menyenaraikan kemahiran dan kepakaran anda yang sesuai dengan jawatan yang dibuka.
ARTIKEL LAIN  Cara Mohon USAS Online Universiti Sultan Azlan Shah 2023 (USAS Online Application)

Contoh Resume Terbaik Untuk Mohon Kerja Bahasa Melayu

Ini adalah contoh resume yang telah dikongsikan oleh saudara Amirul Aliff dimana beliau kongsikan satu format resume dalam bahasa melayu. Beliau juga menggunakan format ini untuk memohon kerja kerajaan semasa sesi temuduga dengan SPA. Menurut Aliff, untuk memohon pekerjaan di SPA, tiada format spesifik yang perlu ada, berikut adalah contoh resume beliau.

noname 2

Kredit to: Amirul Aliff

Contoh Resume Terbaik Untuk Mohon Kerja Bahasa Inggeris

20369630 1339707669470501 6247613727993151566 o 2

Sekiranya anda inginkan inspirasi untuk menghasilkan resume yang cantik, anda juga boleh mencuba menggunakan khidmat beberapa laman web yang boleh dijadikan sebagai ‘resume generator’. Langkahnya mudah sahaja, anda masukkan maklumat diri anda dan lama web itu akan menyusun atur dan menjadikan ianya sekeping resume.

Ini adalah antara laman web ‘resume generator’ yang anda boleh gunakan.

  1. Gunakan laman NovoResume
  2. Gunakan laman Zety
  3. Gunakan laman Resume Genius

Diharapkan tips ini dapat membantu anda terutamanya ‘fresh graduate’ untuk menghasilkan resume yang menarik. Paling penting, pastikan anda bersedia dengan baik sebelum ditemuduga ya!

Prev Article
Next Article

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • Gambar Gadis Kelantan
    Inilah Sebab Kenapa Anda Harus Berhati-hati Bila …
    October 17, 2017 0
  • Senarai Menteri Kabinet
    Senarai Menteri Kabinet Malaysia Baru 2018 Selepas …
    May 11, 2018 0
  • 11102020thijaris 1
    Thijari, Login & Cara Daftar Tabung Haji …
    October 20, 2022 1
  • photo 2022 12 11 23 41 20 1
    Niat Solat Jumaat dan Niat Solat Jumaat …
    December 11, 2022 1
  • kadar bayaran tol lebuhraya LPT2
    Kadar Bayaran Tol Lebuhraya Pantai Timur 2 …
    July 12, 2016 6

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2025 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)