BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

10 Kesilapan Yang Memalukan Dalam Filem Polis Evo

ammar November 13, 2015

kesilapan memalukan dalam polis evo.png 10 Kesilapan Yang Memalukan Dalam Filem Polis Evo

Kemunculan Polis Evo di pawagam sejak ditayangkan 17 September 2015 lepas telah mencetuskan fenomena baru dalam karya filem di Malaysia. Polis Evo menjadi filem terbaik tahun 2015 dan merupakan filem tempatan dengan kutipan tertinggi sepanjang zaman dengan kutipan sebanyak RM 17.30 juta. Wow! Sungguh menakjubkan hasil karya dari orang tempatan ini.

Majoriti penonton yang menonton filem ini di panggung wayang mengatakan mereka sangat berpuas hati dengan filem ini yang penuh dengan aksi.

Memandangkan filem ini mendapat kutipan tertinggi ketika ini, sudah pasti Polis Evo mendapat perhatian umum. Disebalik perhatian umum mengenai filem ini mungkin masih ramai yang tidak tahu sedikit “kesilapan” yang ada dalam filem Polis Evo.

Tahukah anda di dalam filem Polis Evo ini terdapat kesilapan yang agak ketara dan dengan kata lain, “tidak logik”.

lompat.png 1) Khai melompat di tempat yang sangat sempit – Khai melompat ke arah hadapan kereta dengan jarak yang agak jauh tetapi tidak mengenai kereta tersebut.

kesilapan memalukan dalam polis evo2.png 2) Monopod serta handphone Khai ghaib – Selepas membunuh semua penjenayah, Khai keluar dari kawasan tersebut dengan melenggang dan tangan tidak memegang apa-apa, sampai di luar kawasan tersebut tiba-tiba Khai menyerahkan monopod bersama handphone’nya kepada anggota nya yang berada di luar.

sani.png 3) Inspektor Sani bertugas di kampung sendiri – Agak pelik dan tidak munasabah bagi seorang anggota polis yang berpangkat Inspektor terus bertugas di negeri kelahiran sendiri (Terengganu), lebih-lebih lagi berdekatan dengan kampungnya sendiri. Biasanya, anggota Polis akan bertugas luar dari negeri sendiri sekiranya baru bertugas. Inspektor Sani mungkin baru bertugas sekitar 4 hingga 5 tahun kerana pangkat masih Inspektor dan usianya yang masih muda.

loker.png 4) Pegawai Polis simpan baju seragam dan barang-barang peribadi dalam loker – Seorang pegawai polis yang berpangkat Inspektor seperti Inspektor Sani dan Inspektor Khai mempunyai bilik pejabat mereka tersendiri. Inspektor Khai adalah seorang detektif yang membantu tugas Inspektor Sani sudah pasti beliau tidak memerlukan locker untuk menyimpan baju seragam.

tembak polis.png 5) Anggota Polis ditembak bertalu-talu – Keempat-empat anggota polis di hospital ditembak dengan berdas-das peluru di bahagian dada, tetapi dilaporkan cedera sahaja. Hebat!

tanpa pemandu.png 6) Kereta bergerak sendiri tanpa pemandu – Kereta proton Preve yang mengejar penjenayah terbalik apabila melanggar kereta rakannya sendiri, yang peliknya kereta tersebut tiada pemandu. Mungkin pemandu sempat keluar dari kereta tesebut?

tangan.png 7) Tangan Khai kalis asid – Semasa Khai memutuskan tali yang digunakan penjenayah mengikat tanggannya menggunakan asid sulfurik, asid tersebut sudah pasti terkena tangannya. Namun, hanya tali tersebut sahaja yang putus dan tangannya tiada cedera langsung!

telefon.png 8) Telefon tanpa wayar – Telefon di pondok atau markas pemprosesan dadah berdering semasa polis menggeledah kawasan tersebut. Telefon tersebut tidak memerlukan wayar memandangkan pondok tersebut di tepi laut dan tiada sebarang tiang telefon di kawasan tersebut.

4 orang.png 9) Serbuan besar-besaran hanya memerlukan 4 anggota sahaja – Selepas serbuan pertama tidak berjaya bersama-sama Unit Tindakan Khas (UTK), Inspektor Khai dan Sani membuat serbuan sekali lagi dengan hanya bantuan 2 anggota sahaja.

meletup.png 10) Bom bawah sampan – Bom yang diletakaan oleh Inspektor Sani dan rakannya di bawah sampan penjenayah meletup sebaik sahaja sampai di darat. Bom tersebut diletakkan di bawah sampan, tetapi sampan tersebut kekal sempurna dan tidak bergoyang sebaliknya bom tersebut meletup di atas sampan.

Tahniah diucapkan kepada filem Polis Evo kerana berjaya mengutip kutipan tertinggi sepanjang zaman. Kami juga berharap Polis Evo 2 nanti dapat memperbaiki slot dan kesan khas (CGI) walaupun ianya nampak remeh.

Prev Article
Next Article

5 Comments

  1. Anuar

    Tingginya kutipan Filem ni.. Sampai RM 17.30 juta.. Jarang tengok kutipan filem Melayu dapat melepasi RM10 juta…. Memang terbaiklah filem Polis Evo ni…

    November 13, 2015
  2. Adib Site

    nama pun berlakon….

    November 13, 2015
  3. saya

    xsemua benda sempurna ..

    November 19, 2015
  4. Medalion Oscar

    Cerita kt semua org nak naikkan nama filem malaysia setaraf asian dan internasional,saya pun juga berbangga kerana flm ni mndapat kutipan yg tinggi .. tetapi saya bila saya menonton, saya rasa biasa2 je, bolehlah , kira kesungguhan utk jadikan flm ni terbaik tu mmg ada, tp sprti yg admib ckp ni la kan, mmg sgt ada benarnya,perkara yg remeh mcm ni kenapa berlaku,zaman skrg dh patut buat cerita logik,ini bkn cerita tamil… tak fhm aku dowh! yg menonton siap kata 100 bintang la smua bgai, kelakar la pd saya.. apa yg korang nilaikan yek? nmpk kesan action hebat ke? pd saya , kesan logik tu lg patut difikirkan.. ni saya nk tmbah lagi.. kelakar la kan, dua org polis ni,sibuk berperang dgn pejahat,tembak sana tembak sini,lompat sana sini,tp setitik peluh pun x keluar? muka comel je,cantik je,wahhh hebatnyaa!! ni ke kualiti?? pada saya ni semua kualiti rendah,kenapa kutipan tinggi? sb yg menonton tu samada sama kualiti rendah ataupun kena tipu dgn iklan.. mcmana nk maju kalau gini buat flm? owh lupa,film adalah utk untung,so semua tu x kisah,janji masyuk kan? flm adalah bisness,so ikut pattern dan market penonton, ok lah tu, mmg duk setakat tu je lah.. kbai.. so funny

    December 2, 2015
  5. nazri

    ala film org putih tu lg..lawan sorang2 je…lompat dr bangunan tinggi pun masih selamat lg..mmg mana2 film pun buat film xda yg logik nya..kita ley pkr sndri la kot.. ada akal fikiran..apa da..klu nk tgk film yg btol2 logik..tgkla film hulk…hahahaa

    November 11, 2016

Leave a Reply

Cancel reply




Kartel Digital

OnViral
Resepi Ayam
kartel dakwah
Mimpi Orang Meninggal
OH INFOKINI
Apa Itu JUSA?
Cikgu Zul Web
Niat Puasa Ganti

Related Posts

  • 3 idiots Memusnahkan Keindahan Ladakh
    Lihatlah Bagaimana “3 Idiots” Memusnahkan Keindahan Ladakh
    June 30, 2017 1
  • mysalam
    mySALAM 2023 Cara Permohonan Tuntutan Penyakit Kritikal …
    November 29, 2022 0
  • mayat
    Akibat Tersilap Serah, Jenazah Sudah Menjadi Abu
    June 5, 2017 0
  • 107807273 270290981091345 2297689479632000734 n
    eGUMIS Login: Cara Semak Wang Tak Dituntut …
    November 22, 2022 0
  • gadis2520buat2520laporan2520palsu2520terhadap2520bapa2520sendiri
    Remaja 16 Tahun Buat Laporan Polis Palsu …
    October 19, 2015 0



BLOG AMMAR

BLOG AMMAR
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY
  • SITEMAP
Copyright © 2023 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)