BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Dato’ Siti Nurhaliza Keguguran 2 Bulan

ammar

dato-siti-nurhaliza-gugur.jpg Dato’ Siti Nurhaliza Keguguran 2 Bulan

Dato’ Siti Nurhaliza Akui Keguguran 2 Bulan, Mohon Peminat Doakan Yang Terbaik

Beberapa hari lepas rata-rata peminat gembira dengan berita kehamilan Dato’ Siti Nurhaliza dan kepingan gambar baby bump membuatkan ramai terguja menanti kelahiran anak Dato’ Siti itu. Namun, hari ini satu berita sedih yang diterima dari Dato’ Siti Nurhaliza apabila beliau sendiri mengakui kandungannya gugur.

Melalui perkongsian di laman Instagram, Dato’ Siti Nurhaliza telah membuka cerita sebenar mengenai kehamilannya. Menurut Siti, kandungannya itu hanya sempat bersamanya untuk dua (2) bulan sahaja sebelum mengalami keguguran.

Berita ini mula tersebar luas di blog-blog hiburan tempatan dan rata-rata peminatnya sedih dengan berita yang mengejutkan ini. Satu lagi “pinjaman” dari Allah ditarik balik. Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui atas segala apa yang ditakdirkannya.

status instagram datuk siti nurhaliza.jpg

“Bismillahirahmannirohhim … Tanggal 1hb Dec… Rasanya sudah sampai waktu & ketika yg sesuai utk Ct kongsikan dengan peminat & followers tersayang. Mula mula Ct ingin sangat berkongsi cerita indah namun Ct percaya semua dugaan ada hikmah dariNYA..Ini semua meningkatkan lagi keimanan Ct kepada PENCIPTA Ct”

“Memang tak mahu menafikan berita kehamilan kerana ia Anugerah terindah yg lama Ct nantikan dan sudah pastinya peminat yg mendoakan juga..Nak mengiyakan pun takut, kerana Anugerah ini terlalu baru dan ‘FRAGILE’ untuk di hebahkan.Hanya memohon masa yang sesuai”

“Ternyata, Allah SWT pinjamkan Anugerah ini utk seketika..sempat 2 bulan Ct kandungkan dan Ct keguguran..Ct Redha dan jauh di sudut hati amat bersyukur kerana Allah SWT beri Ct jawapan diatas doa Ct.. inshaAllah semoga ia permulaan untuk Anugerah yang seterusnya,” memetik luahan hati penyanyi ini di Instagram.

ARTIKEL LAIN  Hubungan Lufya Dengan Kerabat Diraja Johor Musnah

Perkongsian itu membuatkan ramai peminat Dato’ Siti Nurhaliza berdoa agar penyanyi kesayangan mereka kuat menghadapi dugaan ini. Semoga Dato’ Siti Nurhaliza tabah mengharungi dugaan ini kerana sesuatu yang terjadi pasti ada hikmahnya.

Mungkin sekarang belum ada rezeki. Suatu hari nanti mungkin akan ada, mana kita tahu kan? Allah sebaik-baik perancang. Kepada-Nya kita berdoa dan berserah.

Prev Article
Next Article

2 Comments

  1. Anuar

    Sayangnya…. Walaubagaimanapun anggaplah ia sebagai ujian… Semoga Dato Siti dan suami tabah menerima dugaan tersebut…

    December 1, 2015
  2. Media Sensasi

    Takziah buat beliau..

    December 2, 2015

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • sm salim
    Amanat Terakhir SM Salim Kepada Rakyat Malaysia …
    December 29, 2016 1
  • Sinopsis Drama Sayangku Kapten Mukhriz TV3
    SINOPSIS DRAMA SAYANGKU KAPTEN MUKHRIZ TV3
    July 25, 2016 2
  • Awie wings
    “Inilah Menteri Yang Nak Jahanamkan Artis-artis Tempatan!” …
    April 25, 2019 0
  • zizan razak
    Tak Sangka Boleh Jadi Begini. Sama-sama Doakan …
    November 23, 2017 1
  • Drama Jangan Benci Cintaku
    Jangan Benci Cintaku Episod 18 Drama Slot …
    July 24, 2018 0

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2026 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)