BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Adi Putra dan Isteri Kedua Ada Masalah?

ammar

Adi PutraAdi Putra dan Isteri Kedua Ada Masalah?

Tempoh hari Adi Putra baru sahaja mengumumkan berita kehamilan hasil perkahwinan bersama isteri kedua. Terbaru, tersebar pula cerita mengatakan rumah tangga Adi Putra dan isteri keduanya, Norshahida sedang berantakan. Menerusi ruangan BiPop Berita Harian, perkahwinan mereka sedang bermasalah, bagaimanapun tiada kepastian mengenai punca keretakan rumah tangga mereka.

Isteri Keguguran Ketika Kandungan Lima Minggu

Pada masa yang sama, apa yang mengejutkan lagi adalah isteri Adi juga dikatakan telah keguguran ketika usia kandungannya mencecah lima minggu. Malah perkara ini masih dirahsiakan oleh pihak Adi walaupun keguguran yang dialami isterinya itu sudah berlaku berberapa bulan lalu.

Adi Putra Berdiam Diri Dengan Kontroversi

Buat masa ini juga Adi masih berdiam diri mengenai kontroversi yang melanda dirinya. Mungkinkah keretakan rumah tangga mereka berlaku kerana keguguran yang menimpa isterinya. Apapun jika benar semua cerita yang tersebar ini, semoga Adi dan isteri tabah menghadapi ujian yang diberikan. Dan diharap rumah tangga yang baru saja dibina itu baik-baik sahaja.

Terdahulu, Adi ada memaklumkan bahawa isterinya telah disahkan hamil. Bagaimanapun ketika ditanya usia kandungan, Adi hanya menjawab mereka masih tidak sempat membuat pemeriksaaan kerana masih baru. Pada masa yang sama, beliau juga turut meluahkan rasa teruja untuk menimang cahaya mata pertama mereka selepas bernikah pada pertengahan Jun lalu.

Sumber Asal: Rotikaya

 

ARTIKEL LAIN  Drama Sayangku Kapten Mukhriz Episod 15
Prev Article
Next Article

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • Koleksi Lagu dan Gambar Kartun Didi and Friends
    Koleksi Lagu dan Gambar Kartun Didi and …
    August 1, 2016 0
  • Upin & Ipin Jeng Jeng Jeng Filem Sampah
    Upin & Ipin Jeng Jeng Jeng Filem …
    November 25, 2016 4
  • Drama Jangan Benci Cintaku
    Jangan Benci Cintaku Episod 20 Drama Slot …
    July 26, 2018 0
  • Drama Sayangku Kapten Mukhriz Episod 15
    Drama Sayangku Kapten Mukhriz Episod 15
    August 8, 2016 0
  • Amerul Affendi
    Kerana Muka Tak Kacak Amerul Affendi Dipinggir …
    November 17, 2016 4

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2025 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)