BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Rakyat Marah Harga Minyak Tidak Naik 5 Minggu Berturut-turut

ammar

Bermula 29 Mac 2017 yang lepas Kerajaan Malaysia telah memperkenalkan kaedah pengapungan terkawal penetapan harga jualan runcit petrol dan diesel secara mingguan.

Sejak mula diperkenalkan pada tahun 2017, harga RON97, RON95 dan Diesel mengalami penurunan, kenaikan dan kekal mengikut pasaran semasa harga minyak.

Pada awal pengenalan sistem penetapan harga minyak mingguan ini, kelihatan harga minyak berubah mengikut minggu, namun semenjak kerajaan mengumumkan pembubaran parlimen pada 6 April 2018 lepas, harga minyak RON97, RON95 dan Diesel dilihat sentiasa kekal dan tidak berubah 5 minggu berturut-turut.

Bermula 22 Mac-28 Mac 2018, harga minyak RON97, RON95 dan Diesel masih kekal sehingga kini 26 April-2 Mei 2018. Harga minyak terkini masing-masing RON97(RM2.47), RON95(RM2.20) dan Diesel(RM2.18).

Ini rekod kali pertama dalam sejarah dan sudah dijangka ekoran tindakan Amerika Syarikat menambah pengeluaran tetapi Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) bertindak sebaliknya menyaksikan stok stabil di pasaran.

Menurut laporan Berita N5 yang disiarkan oleh stesen TV1 RTM pada jam 5 petang Rabu, harga siling terbaharu bagi produk RON 95 ditetapkan sebagai tidak berubah lagi kepada RM2.20 seliter untuk seminggu seterusnya.

Manakala had maksimum harga runcit untuk petrol premium jenis RON 97 pula dalam tempoh seminggu yang akan datang ini ditetapkan juga kekal lagi konsisten kepada RM2.47 seliter iaitu sama seperti minggu sebelumnya.

Dalam pada itu pula, harga runcit baharu untuk minyak diesel sepanjang tempoh tujuh hari yang sama diumumkan sebagai turut malar kepada RM2.18 seliter, sekali gus melakar sejarah bagi minggu kelima secara berturut-turut.

Stesen penyiaran awam kebangsaan berkenaan melaporkan bahawa kesemua harga siling baharu untuk produk petroleum tersebut bermula dari pukul 12.01 tengah malam 26 April sehingga 11.59 malam pada 2 Mei 2018.

ARTIKEL LAIN  Lelaki Dari Kelantan Ini Jana Pendapatan RM300,000 Sebulan dari Youtube

Mulai 29 Mac tahun lalu, Kabinet memutuskan penetapan harga runcit bahan api secara mingguan membolehkan pengguna dapat menikmati trend kadar yang lebih stabil berbanding harga bulanan dilaksanakan sebelum ini.

Disebabkan harga minyak yang masil kekal untuk 5 minggu berturut-turut ini, ada sebahagian rakyat Malaysia tidak berpuas hati dan mempersoalkan perkara ini. Katanya, ini mungkin agenda parti Barisan Nasional untuk meraih undi sempena Pilihanraya Umum Ke-14 yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Tetapi sejauhmanakah kebenaran yang diperkatakan oleh segelintir rakyat Malaysia itu?

Prev Article
Next Article

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • misteri bau busuk
    Misteri Bau Busuk Disangka Mayat di Pantai …
    September 12, 2017 2
  • nasi lan kedah putrajaya
    Kurang Markah 2% Nasi Lan Kedah Diarah …
    July 21, 2018 0
  • suprise birthday
    Cik Epal Hadiahkan Suami Ford Mustang 5.0 …
    February 19, 2019 0
  • suami2520saman2520isteri2520kerana2520anak2520hodoh2520sangat
    Inilah Kisah Sebenar Suami Saman Isteri Kerana …
    October 13, 2015 1
  • 1Borneo Hypermall Kota kinabalu
    Hypermall Terkenal di Sabah Bakal Bergelap Kerana …
    June 26, 2018 0

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2025 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)