BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Inilah Wira Sebenar Menyelamatkan Gadis Terjun Dari Jambatan Pulau Pinang

ammar

Beberapa jam yang lepas viral satu video di media sosial. Dalam video tersebut kelihatan satu bot dalam perjalanan menuju pada dua orang lelaki dan wanita yang sedang terapung di dalam laut.

Kejadian dikatakan berlaku berhampiran jambatan Pulau Pinang, Jambatan Abdul Halim Muadzam Shah (JAHMS), Batu Kawan.

Menurut sumber berita dari Harian Metro, kejadian itu berlaku disebabkan oleh seorang wanita yang cuba membunuh diri dengan terjun ke laut di Kilometer 9.9 Jambatan Abdul Halim Muadzam Shah (JAHMS).

“SAYA anggap dia macam anak sendiri menyebabkan saya nekad untuk terjun ke laut bagi menyelamatkannya”, itulah kata-kata dari polis bantuan, Zaidi Salleh, 52, apabila mempertaruhkan nyawa untuk menyelamatkan wanita yang cuba membunuh diri dengan terjun ke laut di Jambatan Abdul Halim Muadzam Shah (JAHMS), Batu Kawan, Pulau Pinang.

Zaidi berkata, dia menerima panggilan daripada rakannya yang bertugas meronda di jambatan itu lalu bergegas ke lokasi kejadian sebelum mendapati mangsa sedang terkapai-kapai meminta pertolongan.

Katanya, dia memikirkan mangsa seperti anak sendiri menyebabkannya tidak sampai hati melihat keadaan itu lalu terjun dari ketinggian antara 18 hingga 20 meter demi menyelamatkan nyawa wanita itu.

“Saya memang tidak fikir panjang ketika itu kerana melihat mangsa menjerit meminta tolong sekaligus menimbulkan rasa kasihan apatah lagi dia seolah-olah seperti anak saya sendiri.

“Bagaimana perasaan saya sebagai seorang bapa sanggup membiarkan ‘anak’ menjerit dan meminta pertolongan seperti itu lalu terus terjun untuk menyelamatkannya,” katanya ketika dihubungi NSTP.

Zaidi yang berasal dari Permatang Batu, Bukit Mertajam memberanikan dirinya berikutan mempunyai pengalaman dan kepakaran berenang dalam tempoh lama di laut kerana pernah bertugas sebagai anggota tentera udara dan komando.

“Syukur dengan kelebihan yang dianugerahkan ini kerana saya dapat berbakti dan membantu mereka yang memerlukan pertolongan.

ARTIKEL LAIN  Ibu Pelajar Dirotan Guru Tarik Balik Laporan, Tapi Polis Tetap Siasat

“Saya tahu mangsa tidak sedar apa yang dilakukannya kerana berada dalam keadaan yang amat tertekan. Jika tidak, dia tidak menjerit ketakutan seperti itu.

“Malah, wanita itu juga hanya menangis sepanjang kami terapung di laut selama 45 minit, dan dia sendiri tidak pasti dengan apa yang berlaku,” katanya.

Katanya, mereka yang diselamatkan pasukan penyelamat kemudian dibawa ke Jeti Batu Musang di Batu Kawan dengan bot nelayan yang berada di lokasi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan Superitendan Shafee Abd Samad, berkata mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sungai Bakap (HSB) untuk rawatan.

“Hasil temubual awal yang dijalankan dengan mangsa didapati dia bertindak sedemikian kerana berada dalam keadaan tertekan,” katanya.

Menurut sumber lain, gadis yang terjun dari jambatan itu adalah bekas pelajar PhD school di Universiti Utara Malaysia(UUM). Pelajar ini dikatakan terkena perbuatan pukau melalui telefon sekitar setahun yang lalu hingga terpaksa berhutang along dan kawan-kawan untuk memberi duit ke akaun seseorang individu yang sampai ke hari ini tidak dapat dikenalpasti.

encik zaidiKenali Wira Kita, Encik Zaidi Salleh

Encik Zaidi Salleh , 52 tahun seorang polis bantuan yang sanggup mempertaruhkan nyawa demi menyelamatkan wanita yang terjun ke laut di Kilometer 9.9 Jambatan Abdul Halim Muadzam Shah (JAHMS), Batu Kawan, pagi tadi.

Beliau yang berasal dari Permatang Batu, Bukit Mertajam memberanikan dirinya berikutan mempunyai pengalaman dan kepakaran berenang dalam tempoh lama di laut kerana pernah bertugas sebagai anggota tentera udara dan komando.

Terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada wira negara, Encik Zaidi Salleh kerana anda telah menyelamatkan satu nyawa. Anda adalah seorang wira sejati. Kami sebagai rakyat Malaysia sangat bangga dengan keberanian anda!

Prev Article
Next Article

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • kambing
    Bunyi Mengembek Lain Macam di Kandang, Tak …
    May 13, 2024 0
  • pemain kedah
    Dulu Gaji Mewah Sampai Beli 7 Kereta,Tak …
    January 20, 2023 1
  • punca sebenar cubaan bunuh anggota komando.png
    Kemungkinan Ini Punca Cubaan Bunuh Anggota Komando
    April 19, 2016 0
  • kisah viral wanita ditinggalkan suami bawa motor dari penang ke kajang.jpg
    Kisah Sebenar Wanita Bawa Motor Dari Penang …
    December 11, 2015 29
  • bill elektrik naik disebabkan el nino.jpg
    Benar Bil Elektrik Melambung Disebabkan El Nino
    April 21, 2016 0

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2026 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)