BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Ibu Pelajar Dirotan Guru Tarik Balik Laporan, Tapi Polis Tetap Siasat

ammar

Baru-baru ini Malaysia dikejutkan dengan satu video tular yang menunjukkan seorang pelajar dengan kesan lebam dipercayai dirotan oleh guru sebuah sekolah di Johor.

Dalam video tular tersebut kelihatan ibu kepada pelajar yang menjadi mangsa rotan oleh guru itu berhadapan dengan guru yang merotan anaknya itu.

Susulan dari tindakan guru itu, ibu dan pelajar tersebut telah membuat satu laporan polis untuk menyiasat insiden rotan oleh guru itu.

Bagaimanapun tindakan ibu kepada pelajar tersebut mendapat kecaman ramai termasuk netizen, pelajar sekolah dan guru di Malaysia.

Paling mendukacitakan maklumat peribadi berkaitan keputusan peperiksaan pelajar yang dirotan itu turut didedahkan di laman sosial. Walhal maklumat seperti itu tidak boleh didedahkan secara umum.

Terbaru, ibu kepada pelajar itu sudah menarik balik laporan polis berhubung insiden itu.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd, berkata walaupun laporan itu ditarik balik sehari selepas ia dibuat, polis tetap meneruskan siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan, iaitu dengan sengaja menyebabkan cedera.

“Berhubung kes seorang pelajar dirotan gurunya, laporan memang sudah dibuat dan kita menyiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

“Bagaimanapun, ibu kepada pelajar berkenaan sudah mengambil keputusan untuk menarik balik laporan.

“Mungkin dia ada perbincangan (antara keluarga dengan sekolah). Dalam aspek itu, ia (menarik balik laporan) adalah urusan peribadi, namun pihak polis tetap meneruskan siasatan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Majlis Penghargaan Sempena Pertukaran Ketua Polis Johor anjuran Persatuan Polis Bantuan Kontinjen Johor dan Agensi Polis Bantuan Johor, di sini, hari ini.

Terdahulu, tular satu video berdurasi dua minit 28 saat menunjukkan seorang wanita(ibu pelajar) meminta penjelasan daripada seorang guru lelaki berikutan anak perempuannya dirotan. Dalam video tersebut wanita itu turut menunjukkan kesan lebam yang dialami oleh anaknya akibat dari rotan.

ARTIKEL LAIN  TOLONG SEBARKAN!!! Orang Ramai Miliki Akaun Maybank Dinasihat Berwaspada

Apa-apapun perkembangan mengenai kes ini kita perlu serahkan kepada pihak polis untuk menyiasat. Kita sebagai orang awam jangan melakukan tindakan sendiri yang membelakangi undang-undang yang ada di Malaysia ini. Semoga penyelesaian terbaik dapat dicapai tidak lama lagi.

Prev Article
Next Article

One Response

  1. AD

    Ala…org lain pon kna rotan jgk klau dh bwt salah.lps ni smua ckgu tgk jgn tegur pon ank dia nk bwt.nk jdi pelesit pin..bia kn.cmfrm mk bpk sekolah smp tadika kemas je.bangang…

    July 1, 2020

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • pokok-petai-menangis
    Minum Air “Pokok Petai Menangis”. Apa Yang …
    January 29, 2019 0
  • rohingya
    “Dalla” Dapat RM3.75 JUTA Bawa Masuk Rohingya …
    April 23, 2020 0
  • najib razak
    Tonton Siaran Langsung Pembubaran Parlimen Malaysia
    April 6, 2018 0
  • polis ditangkap polis
    Polis Yang Menyamar Sebagai Pembeli D@dah Ditangkap …
    February 12, 2019 0
  • Isteri Pelakon Lan Zailan Meninggal Dunia
    Isteri Pelakon Lan Zailan Meninggal Dunia
    July 14, 2016 1

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2025 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)