BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Pelawak Terkenal Ditahan Polis

ammar

Pihak polis telah menahan seorang pelawak terkenal bersama dua rakannya selepas terbabit dalam kes pergaduhan di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Pelawak berusia 40-an itu turut diarah menjalani ujian air kencing susulan penemuan paket berisi d@dah dari salah seorang suspek wanita ditahan yang juga kenalan pelawak terbabit.

Pelawak terkenal itu diberkas sekitar jam 6 petang kelmarin di sebuah hotel di Taman Maluri, Cheras.

Siasatan mendapati pelawak terbabit mempunyai empat rekod jenayah membabitkan d@dah selain dikehendaki polis berhubung kes di Hulu Klang, Selangor.

Pihak polis menerima laporan berhubung kes pergaduhan di dalam hotel itu sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

Sejurus sampai, pihak polis menahan pelawak senior terbabit bersama seorang lelaki dan seorang wanita berusia sekitar 30-an di lobi hotel itu.

Difahamkan pelawak berusia 41 tahun itu adalah pelakon yang memegang watak utama dalam filem Aku Kaya The Movie.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon berkata, suspek diberkas selepas pihak polis menerima aduan berhubung satu pergaduhan di hotel berkenaan pada pukul 5.45 petang.

“Hasil ujian air kencing mendapati pelawak itu positif d@dah jenis g@nja manakala dua lagi suspek positif d@dah amphetamine.

Menurutnya lagi, pelawak itu direman selama sehari sebelum dibebaskan semalam.

“Dua suspek lagi direman selama tiga hari sehingga esok bagi membantu siasatan,” ujarnya.

ARTIKEL LAIN  Remaja 16 Tahun Buat Laporan Polis Palsu Terhadap Bapa Sendiri
Prev Article
Next Article

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • rendang ayam tak rangup
    Disingkirkan Dari MasterChef UK Kerana Rendang Ayam …
    April 3, 2018 1
  • balik kampung
    Menteri Kanan (Keselamatan) Tak Benarkan Rakyat Balik …
    April 17, 2020 0
  • pakcik halau harimau
    Indentiti Pakcik Halau Harimau Terbongkar, Bukan Calang-calang …
    July 19, 2019 0
  • baby adam
    Alasan Culik, Tersedak Susu Hanya Tipu, Akhirnya …
    July 4, 2018 0
  • wajah lelaki jadi rebutan wanita buli
    Patutlah… Inilah Rupa Sebenar Lelaki Yang Menjadi …
    July 31, 2017 0

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2026 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)