BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Jerebu, Jadi Mengapa Mesti Meminta Maaf? – Naib Presiden Indonesia

ammar

jerebu di malaysia.jpgJerebu : “Jadi, Mengapa Mesti Meminta Maaf?” – Naib Presiden Indonesia

Nampaknya negara jiran iaitu Indonesia juga mempunyai Menteri yang bijak seperti di Malaysia. Dalam kenyataan terbaru yang dikeluarkan oleh Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla berkata, Indonesia tidak perlu memohon maaf atas kebakaran hutan yang berlaku di Sumatera dan Kalimantan sehingga menyebabkan jerebu di beberapa negara jirannya.

Dalam kenyataan itu, Jusuf berkata apa yang perlu dilakukan oleh Indonesia adalah mengatasi masalah itu supaya kejadian yang sama tidak berulang lagi.

“Berapa lama mereka (negara jiran) nikmati udara segar daripada kawasan hijau dan hutan-hutan kita semasa ia tidak terbakar? Berbulan-bulan. Adakah mereka berterima kasih?

“Tetapi, semasa terjadinya kebakaran hutan paling lama sebulan, asap-asap itu cemari wilayah mereka. Jadi, mengapa mesti meminta maaf,” katanya memetik laporan MalaysiaKini.

Tambah Jusuf, salah satu punca kebakaran hutan adalah permintaan dari beberapa syarikat milik negara-negara jiran yang turut mengalami jerebu.

Katanya, syarikat dari negara tersebut menebang dan membakar hutan bagi mengosongkan tanah untuk tujuan perladangan dan perniagaan.

Memetik laporan portal berita Indonesia, Kompas, Jusuf Kalla pernah memberi kenyataan yang sama pada tahun 2005 dan 2007 ketika memegang jawatan yang sama.

Malah, Jusuf Kalla turut memberi kenyataan yang sama ketika bertemu Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada 18 September lalu.

ARTIKEL LAIN  Benar Bil Elektrik Melambung Disebabkan El Nino
Prev Article
Next Article

One Response

  1. sabree hussin

    Ini sekaligus dapat membuktikan yang Malaysia dengan Indonesia ni memang serumpun. Ayat-ayat dari Pak Menterinya juga lebih kurang sama aje

    September 28, 2015

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • kereta jatuh parking dari tingkat 3
    Gambar Wanita Parah Kereta Jatuh Dari Tingkat …
    August 14, 2015 1
  • fasha sandha sah bercerai dengan jejai.png
    Fasha Sandha dan Jejai Sah Bercerai?
    December 15, 2015 5
  • Hidayah Muslimah 2
    Komen Baju Faiz Subri Lambang Salib, Fb …
    January 10, 2017 2
  • tengku-jalil-meninggal-dunia.jpg
    Tunku Jalil Meninggal Dunia
    December 6, 2015 1
  • kisah sedih
    Isteri Meningg@L Akibat K@nser, Suami Tak Pernah …
    July 8, 2020 0

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2026 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)