BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Tunku Jalil Meninggal Dunia

ammar

tengku-jalil-meninggal-dunia.jpg Tunku Jalil Meninggal Dunia

Al-Fatihah, Tunku Jalil disahkan meninggal dunia pada jam 7.11pm 5 Disember 2015. Tunku Laksamana diRaja Johor, Tunku Jalil telah disahkan meninggal dunia di Hospital Sultanah Aminah, Johor.

Jenazah dikebumikan esok(6.12.2015) selepas solat zohor di makam diRaja Mahmoodiah. Salam takziah buat keluarga diRaja Johor kerana kehilangan anakanda diusia muda. Info terima dari Tunku Puan Pahang dan DT.

Ini adalah satu kehilangan yang besar khususnya buat rakyat Johor. Tunku Jalil adalah seorang kerabat Diraja yang disenangi rakyat jelata kerana sikap rendah dirinya.

Tunku Jalil juga seorang yang penyayang. Pemergiannya membuatkan ramai bersedih terutama keluarga Diraja Johor.

Dalam laman facebook milik Tunku Mahkota Johor(TMJ), baginda turut meluahkan kesedihan dengan pemergian adindanya.

Punca Sebenar Kematian Tunku Jalil

Tunku merupakan penghidap kanser hati tahap 4. Selama ini baginda berjuang dalam hidupnya melawan penyakit kanser hati yang dihidapi. Namun, Allah lebih sayangkannya. Tunku Jalil mangkat pada usia muda iaitu pada umur 25 tahun.

Allahyarham ialah anak keempat Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, dan sudah bertarung dengan penyakit barah hati tahap empat sejak Disember tahun lalu.

Berita sedih itu dikongsi Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Maimunah Iskandariah menerusi laman Instagram miliknya sebentar tadi yang kini sedang menjalani ibadah umrah di Makkah.

Perdana Menteri Najib Razak juga sudah mengesahkan berita tersebut dan menyampaikan ucapan takziah.

“Merafak sembah takziah atas kemangkatan Tunku Laksamana Johor, Y.A.M. Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Al-Fatihah.” Demikian bunyi ucapan takziah PM Najib.

ARTIKEL LAIN  Anggota Polis Perut Buncit Tidak Akan Dinaikkan Pangkat
Prev Article
Next Article

One Response

  1. Anuar

    Al-Fatihah buat Tunku Jalil… Semoga roh arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman…

    December 6, 2015

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • sungai klang
    Bahan Kimia Mula Mengalir ke Sungai Klang
    March 14, 2019 0
  • polis pengiring presiden indonesia
    (VIDEO) Lihatlah Polis Pengiring Presiden Indonesia Yang …
    June 6, 2017 0
  • graduan um
    Tak Sempat Naik Pentas Konvo Dah Kena …
    October 15, 2019 0
  • anwar dan mahathir
    PH Calonkan Dr M dan Anwar Jawatan …
    June 16, 2020 0
  • anwar senyum
    Anwar Yakin Jadi PM Dengan Sokongan Majoriti
    April 17, 2020 0

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2026 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)