BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Bukan Sekadar Bunyikan Hon, Saksi Dedah Kisah Sebenar Jemaah Masjid Pukul Pemandu Kereta Cina

ammar

Pukul Pemandu Kereta CinaBukan Sekadar Bunyikan Hon, Saksi Dedah Kisah Sebenar Jemaah Masjid Pukul Pemandu Kereta Cina

Beberapa jam lepas viral beberapa video yang kelihatan orang ramai memukul sebuah kereta jenis Toyota Camry sehingga pecah cermin kereta belakang. Bukan setakat itu sahaja, sebaik sahaja kereta itu berjaya dihentikan, pemandu kereta itu(dipercayai bangsa cina) turut dibelasah orang ramai di luar Surau Austin Perdana.

Hasil maklumat awal, kejadian itu berpunca apabila pemandu cina berkenaan membunyikan hon tanpa henti sehingga mengganggu para jemaah, dari bermula sembahyang jumaat hingga selesai solat.

Tindakan pemandu Toyota Camry itu membunyikan hon dipercayai gara-gara keretanya tidak dapat melalui kawasan tersebut ekoran dihalang beberapa kenderaan yang diparkir di kawasan sekitar masjid itu.

Keadaan makin kecoh apabila para jemaah berang dan bertindak menyerang kereta pemandu Toyota Camry itu hingga pecah cermin belakang. Malah tidak cukup dengan itu, pemandu cina berkenaan yang memakai baju berwarna merah turut ditarik keluar sebelum dibelasah teruk menggunakan kon.

Jurucakap polis Setia Indah mengesahkan telah menerima laporan, namun enggan mengulas lanjut.

Katanya, punca kejadian masih lagi disiasat.

Bukan Sekadar Bunyikan Hon, Saksi Dedah Kisah Sebenar

Seorang lelaki dibelasah orang ramai yang didakwa telah membunyikan hon dan terlanggar seorang lelaki dalam kejadian tengah hari tadi. 

“Kesnya, pemandu kereta Camry tak dapat jalan sebab orang tengah sembahyang Jumaat. Masa tengah sembahyang, dia bunyikan hon lama-lama. 

“Selepas isteri dia siap sound-sound, orang-orang yang baru balik sembahyang pukul kereta dia sampai pecah cermin belakang. Pemandu kereta itu juga dibelasah sekali,” tulis Amirul.

Untitled 2
Walau bagaimanapun, Amirul tidak bersetuju dengan apa yang berlaku dan sepatutnya kedua-dua pihak bersabar.
 
“Lagipun baru lepas sembahyang, tak patut buat begitu,” tulisnya di Facebooknya.
18275033 242611992879919 8848030010317618707 n
Menurut seorang lagi saksi, Luqman Shahidan, ketika mengundurkan kenderaan, salah seorang lelaki dilanggar sehingga terjatuh dan terbaring menyebabkan orang ramai berang lalu bertindak sedemikian.
ARTIKEL LAIN  Hentikan Fitnah, Shukrey Sebenarnya Tak Bersalah
Prev Article
Next Article

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • anak kecil
    Anak Kecil Ini Mencuri Popcorn Dari Putera …
    September 29, 2017 0
  • Gambar Kebakaran Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru
    Gambar Kebakaran Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru
    October 25, 2016 0
  • sungai klang
    Bahan Kimia Mula Mengalir ke Sungai Klang
    March 14, 2019 0
  • Acap header
    Sukarelawan Ini Beri Bayangan Acap Sebenarnya Tak …
    April 9, 2019 0
  • remaja kahwin muda
    Remaja Kahwin Muda Sebab Takut Tidur Seorang
    May 29, 2020 0

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2025 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)