BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Punca Sebenar Mario Gomez Letak Jawatan dan Tinggalkan JDT

ammar

mario gomez

Punca Sebenar Mario Gomez Letak Jawatan dan Tinggalkan JDT

Ini adalah satu keputusan yang sukar diterima buat peminat tegar pasukan JDT. Itulah pengumuman yang telah dibuat oleh DYAM tunku Aminah Sultan Ibrahim semalam 18/1/2017.

Mario Gomez selaku ketua jurulatih dan pengurus buat pasukan Johor Darul Takzim(JDT) secara rasminya telah meletakkan jawatannya itu.

Apa yang menyedihkan pengumum ini dibuat hanya dua hari sebelum Liga Super Malaysia 2017 dijadualkan bermula. Perlawanan pertama iaitu , Piala Sumbangsih JDT vs Kedah.

Punca Sebenar Mario Letak Jawatan

Presiden JDT, Tunku Puteri Johor, Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim dalam kenyataan rasmi di laman JOHOR Southern Tiger berkata, Gomez bersetuju untuk membawa haluan sendiri. “Saya ingin membuat satu pengumuman bahawa JDT dan Mario (Gomez) telah bersetuju untuk membawa haluan masing-masing.

Keputusan ini dibuat demi kebaikan kelab kerana falsafah dan matlamat kelab lebih penting dari segala-galanya.

Berita perletakan jawatan Mario Gomez ini adalah satu kejutan luar biasa dalam arena bola sepak masa kini kerana ketika ini JDT dilihat semakin kuat di bawah pimpinan Gomez.

Peminat sentiasa mengingati pencapaian Gomez yang berjaya membawa JDT menjuarai Piala Sumbangsih (2016), Piala FA (2016), dua kejuaraan liga (2015 dan 2016) dan Piala AFC pada tahun 2015.

Benjamin Mora Ganti Jawatan Mario Gomez

Kerusi yang kosong tidak dibiarkan terlalu lama, terkini ketua Jurulatih JDT II iaitu Benjamin Mora dinaikkan pangkat ke pasukan utama dengan jawatan yang sama. Ini adalah langkah yang drastik dibuat oleh pengurusan JDT bagi mengharungi cabaran perlawanan yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Perlawanan terdekat adalah JDT bakal berdepan dengan Kedah dalam saingan Piala Sumbangsih.

ARTIKEL LAIN  Video Safiq Rahim Pijak Orang, Dihadiahkan Kad Merah Oleh Pengadil
Prev Article
Next Article

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • Reaksi Sedih Lampard
    Reaksi Sedih Lampard Selepas Menjaringkan Gol Menentang …
    November 22, 2016 1
  • Faiz Subri
    Biodata Penuh Mohd Faiz Subri Pemenang The …
    January 11, 2017 1
  • mesut ozil bersara
    Mesut Ozil Umum Bersara Dari Skuad Kebangsaan …
    July 23, 2018 0
  • TMJ Letak Jawatan Presiden
    TMJ Letak Jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak …
    April 9, 2017 1
  • mohd faiz subri
    Inilah Teks Ucapan Penuh Faiz Subri di …
    January 10, 2017 1

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2026 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)