BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Rupa-rupanya Sarah Suhairi Dah Cabut ‘braces’

ammar

Apabila bergelar sebagai seorang artis, mereka tidak akan terlepas dari menjadi perhatian umum.

Mana tidaknya, sampaikan pakai “braces” pun boleh menjadi tajuk berita di media.

Penyanyi Sarah Suhairi kelihatan senyum lebar selepas menanggalkan pendakap gigi atau braces.

Bila gigi sudah tersusun cantik, senyuman pun nampak berseri-seri. Agak-agak ada tak peminat yang perasan perubahan Sarah tu?

“Sebenarnya ramai tak perasan, bila mereka tengok gambar di Instagram baru mereka bertanya sebab gigi nampak lain.

“Mungkin orang tak perasan gigi saya sebelum ini ada braces sebab tu mereka tak rasa macam tak ada perubahan.

“Kalau tanya saya, memang ada perbezaan sebab sekarang ini gigi lebih tersusun, lebih mudah nak bercakap dan lebih cantik berbanding sebelum ini,” katanya kepada mStar Online.

Juara Big Stage 2018 ini ditemui ketika sidang media program realiti The House musim kelima yang diadakan di The Bean’s Bangsar Shopping Centre, Kuala Lumpur pada Isnin.

Sarah bergandingan bersama Wani Kayrie dan Sissy Imann dalam rancangan yang bakal bersiaran di Astro Ria, setiap Rabu, pukul 9.00 malam bermula 27 Mac ini.

Kepada peminat Sarah jangan lupa untuk saksikan program realiti The House musim kelima nanti!

ARTIKEL LAIN  Ini Sebab Mengapa Banglo Mewah Dato Seri Vida Kosong Tanpa Perabot
Prev Article
Next Article

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • fathia latiff
    Fathia Latiff Akui Depresi Sebab Pakai Tudung
    April 25, 2019 0
  • Drama Sayangku Kapten Mukhriz Episod 9
    Drama Sayangku Kapten Mukhriz Episod 9
    July 26, 2016 0
  • pikotaro kini
    Masih Ingat Dengan Piko Taro PPAP? Tak …
    January 2, 2018 0
  • Drama Jangan Benci Cintaku
    Drama Jangan Benci Cintaku Episod 15 Slot …
    July 19, 2018 0
  • Kisah Sedih Kematian Kartun Shin Chan
    Kisah Sedih Kematian Kartun “Shin Chan” Ini …
    November 17, 2017 0

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2025 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)