BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Status Terakhir Mangsa Nahas LPT2 Seperti Tahu Ajal Akan Tiba

ammar

Status Terakhir Mangsa Nahas LPT2.jpgStatus Terakhir Mangsa Nahas LPT2 Seperti Tahu Ajal Akan Tiba

Bertarikh 14 Oktober 2015, satu kemalangan yang melibatkan 6 sekeluarga maut berlaku di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT 2) berhampiran Hentian Rehat dan Rawat Perasing, Kemaman.

Enam sekeluarga termasuk seorang kanak-kanak lelaki maut selepas kereta yang dinaiki mereka terbabas lalu merempuh dan terperosok di bawah sebuah lori treler di Kilometer 258.8 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2).

Mereka yang maut dikenali sebagai pemandu kereta Azaman Ramli, 49; isterinya Noor Akmal Mohd Zain, 48; Noor Amira Syahirah Alias, 22; Aliff Hateem Azaman, 16; Aliff Hakim Azaman, 12; dan Aqeel Muslim Abdullah, 3 tahun.

“Bye dunia luar” antara kata-kata terakhir mangsa nahas LPT2 ini. Sedih, sebak dan simpati, itulah perasaan kami yang bercampur baur apabila terbaca kata-kata terakhir arwah adik Aliff Hateem, salah seorang mangsa yang terlibat dalam nahas LPT2 lima hari lepas.

Setiap ayat yang diungkap seolah-olah sudah mengetahui bahawa ajalnya hampir tiba dan membuatkan kami turut bersedih dengan nasib yang menimpa mereka sekeluarga.

gambar kemalangan 6 maut di lpt 2.jpg

Salam takziah diucapkan juga kepada keluarga mangsa Puteri Nabilah Azaman atas kehilangan keluarga tercinta.

Bye dunia luar , semoga bertemu kembali kita di lain hari haha ???? – aliff_hateem

Orang selalu cakap “Kau dah kaya buat apa belajar ?” Tuhan bagi kau duduk dekat bumi ni suruh kau cari ilmu bukan kekayaan ???? – aliff_hateem

Semoga tenang di sana…. Sama-sama kita sedekahkan AL-FATIHAH kepada mangsa nahas ini.

ARTIKEL LAIN  Cakap Tak Serupa Bikin. Bapa Murid Kes Perbicaraan Cikgu Azizan Tipu Wartawan?
Prev Article
Next Article

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • pelakon berusia 23 tahun
    Pelakon 23 Tahun Ditahan Polis Larikan Isteri …
    May 27, 2020 0
  • suspek buruan polis
    Suspek Buruan Polis 6 Minggu “Bersembunyi” Jadi …
    August 16, 2018 0
  • kesilapan memalukan dalam polis evo.png
    10 Kesilapan Yang Memalukan Dalam Filem Polis …
    November 13, 2015 5
  • Tiada air percuma selangor
    Maaf, Tiada Lagi Air Percuma Buat Semua …
    November 1, 2019 0
  • wang tak dituntut
    BERITA BAIK! Kerajaan Umum Lancarkan Sistem Semakan …
    March 27, 2018 2

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2025 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)