BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Syarikat Penerbangan Rugi Ratusan Juta Dollar Kerana Kru Curi Aiskrim Haagen-Dazs

ammar

Terkenal dengan rasa yang sangat sedap serta harga yang agak premium, aiskrim Haagen-Dazs semestinya digemari oleh semua.

Tidak kira peringkat umur ataupun taraf sosial mereka, jika diberikan aiskrim Haagen-Dazs secara percuma sudah pasti tidak ada yang menolaknya.

Disebalik kesedapan aiskrim ini ada satu kisah jenayah yang berlaku kerana aiskrim ini.

Syarikat penerbangan yang berpangkalan di Hong Kong, Cathay Pacific, mendedahkan kerugian mencecah ratusan juta dollar akibat perbuatan ‘panjang tangan’ kru penerbangan mereka.

Kecurian yang paling tinggi melibatkan aiskrim jenama Haagen-Dazs selain peralatan makanan, gelas dan roti meskipun semuanya itu boleh disimpan untuk penerbangan yang seterusnya.

Seramai enam pekerja telah dikenal pasti terlibat dalam perbuatan yang memalukan itu dan kini masih menunggu bentuk hukuman yang bakal dikenakan.

Ketua kru penerbangan, Vera Wu Yee-mei yang mewakili seramai 7,000 pekerja berkata, mencuri merupakan satu perbuatan yang secara terang-terangan melanggar polisi pekerjaan.

“Semua staf memahami ada polisi yang perlu dipatuhi. Anda hanya akan mempertaruhkan kerjaya anda semata-mata kerana minuman, roti atau sebatang pen,” katanya seperti dilaporkan media antarabangsa.

Sementara itu, seorang pramugari yang enggan dikenali mendakwa kru penerbangan lazimnya mengambil makanan yang akan dibuang.

“Biasanya makanan untuk penumpang selalu banyak lebihan. Peraturan Aturan keselamatan dan kesihatan makanan melarang pemindahan makanan dan minuman dari pesawat kecuali botol minuman alk0h0l yang belum dibuka atau kaviar,” katanya.

Aiskrim Haagen-Dazs Sedap

Mungkin kesedapan aiskrim Haagen-Dazs ini membuatkan ramai kru penerbangan itu bertukar menjadi “tangan panjang”.

Apa pun alasan yang diberikan mereka, tetapi mengambil hak orang lain yang bukannya hak sendiri adalah kategori mencuri.

ARTIKEL LAIN  Menteri Kewangan Seru Umno, PAS Bantu Henti B0ikot Produk Bukan Bumiputera
Prev Article
Next Article

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • Biskut Berasap
    Bahaya Makan Biskut Berasap, Ini Jawapan Dari …
    December 22, 2016 2
  • anggota polis perut buncit tidak akan dinaikkan pangkat.jpg
    Anggota Polis Perut Buncit Tidak Akan Dinaikkan …
    January 7, 2016 1
  • misteri bau busuk
    Misteri Bau Busuk Disangka Mayat di Pantai …
    September 12, 2017 2
  • harta pusaka
    Pesan kat adik-beradik kita..Jangan direbutnya tanah sekangkang …
    August 4, 2020 0
  • Safiey Ilias Jutawan Kosmetik.png
    Alhamdulillah… Jutawan Komestik Terkenal Ini Kini Peroleh …
    April 16, 2016 5

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2026 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)