BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Pesan kat adik-beradik kita..Jangan direbutnya tanah sekangkang kera dikampung tu nanti…

ammar

Pes4n kat adik-beradik kita..

Bila dah besAr, dah ada kerja, dah ada pendapatan, dah ada duit, cari harta sendiri..beli rumah, beli tanah, beli aset..

Bagi ada hArta dengan nama sendiri..

Jangan direbutnya tanah sekangkang kera dikampung tu nanti.. jangan disebabkan harta tak seberapa itu, kita adik beradik bergAduh, bermasam muka.. bertelagah..

Tak guna…

Kita ni sulung ke, kita ni lelaki ke, nanti bahagian kita lebih dari adik beradik yang lain ke, jangan fikir, jangan berharap.. jangan letak target yang kita nak rumah, kita nak tanah, kita nak kebun atau kita nak harta..

Jangan..

Sebab nanti bila tak dapat, kita mula la nak marah, nak bergaduh dan nak menuntut.. walhal ketika “harta” tu ada, bukan kita yang jaga, bukan kita yang usahakan, bukan kita yang berbakti…tup-tup bila harta tu dah tiada pemiliknya, kita nak sangat-sangat “hak” kita…

Hak apa yang kita nak?

Hak apa yang kita tuntut?

Kita berhak ke?

Usaha sendiri untuk kumpul harta sendiri tanpa perlu meletakkan harta pusaka sebagai matlamat kita, cita-cita kita…yang lebih utama ialah menjaga ibubapa kita, baik sihat mahupun sAkit tanpa perlu mengharapkan apa-apa dari mereka…

Ini tak, kita buat mereka seperti bola..sekejap pass sana, sekejap pass sini..

Kita sebagai anak yang perlu bagi “sesuatu” kepada orang tua kita dan bukannya menunggu dan berebut “sesuatu” hasil penat lelah mereka..

Kalaulah kita berebut menjaga orang tua kita sebagaimana kita berebut harta pusaka, mesti untung orang tua kita kan.. tapi banyak yang jadi b0doh dan hilang akal hanya disebabkan sesuatu yang bernama “harta pusaka”..

Masa sakit taknak jaga, masa dah tiada datang menuntut pula.. 

ARTIKEL LAIN  Yang di-Pertuan Agong Tarik Balik Darjah Kebesaran 3 Pemimpin Pembangkang

Sem0ga pesanan ini dapat dijadikan sebagai pengajaran buat kita semua. Tidak guna harta dunia berjuta tetapi hubungan sesama keluarga tidak dijaga.

Air yang dicincang tidak akan putus begitulah juga hubungan kita sebagai adik beradik. Pertalian d4rah kita tidak akan putus sampai bila-bila kerana kita dilahirkan dari perut ibu yang sama.

Prev Article
Next Article

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • pecah amanah
    Adik Mangsa Nahas DUKE Pecah Amanah & …
    October 19, 2016 0
  • pasaraya
    Menjijikkan! Ikan Bilis Bercampur Tahi Anjing Dalam …
    September 28, 2017 0
  • azrinaz mazhar hakim
    Rizalman Berleter Pasal Adab Beraya, Sekali Azrinaz …
    June 20, 2019 0
  • Rev Asia Beli Tiga Laman Web Melayu
    Rev Asia Beli Tiga Laman Web Melayu …
    December 23, 2016 3
  • air ikat tepi
    30 Sen Tu Takde Nilai Pun Kata …
    July 21, 2017 0

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2026 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)