BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Terpaksa Culik Bayi Kerana Tak Sanggup Tengok Isteri Murung

ammar

Terpaksa Culik BayiTerpaksa Culik Bayi Kerana Tak Sanggup Tengok Isteri Murung

Beberapa hari lepas negara dikejutkan dengan satu kes penculikan bayi 5 hari di sebuah hospital di Kelantan. Tindakan pantas polis berjaya mengesan kedua-dua suspek bersama bayi itu di Alor Hijau Bukit Tanah, Selising, dekat Pasir Puteh,” kata DSP Suzaimi kepada pemberita di sini, Rabu.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Suzaimi Mohamad berkata, staf wad tersebut hanya menyedari bayi itu diculik selepas bapa sebenarnya, Mohd Ihtisyamuddin Mohd Ashri, 29, tiba di wad itu pada pukul 9 pagi untuk melawat anaknya yang dilahirkan pada Khamis minggu lalu.

Dalam kejadian pada pukul 6.30 petang Isnin lalu, lelaki terbabit yang merupakan seorang mekanik berpura-pura menjadi bapa kepada bayi perempuan tersebut untuk memperdayakan jururawat di dalam wad bersalin Hospital Tanah Merah dan menjalani prosedur bagi membawa bayi itu keluar.

Beberapa hari sebelum kejadian isteri suspek berlegar-legar di dalam wad dengan memakai pakaian khas untuk wanita mengandung dan berpura-pura seolah-olah dia baru lepas melahirkan anak.

Kedua-dua suspek turut memberitahu kepada jururawat bahawa bayi itu merupakan anak mereka dan menamakannya sebagai Nur Amyra Sofea Mohd Ihtisyamuddin dan membayar RM20.50 sebagai caj keluar daripada hospital.

Kedua-dua suspek direman selama empat hari di bawah Seksyen 363 Kod Penal kerana kesalahan menculik.

Terpaksa Culik Bayi

SAYU : MAAFKAN SAYA .. SAYA TERPAKSA TAK SANGGUP SAYA LIHAT ISTERI MURUNG – SUAMI

Terlalu sayangkan isteri dan tidak sanggup melihat wanita tersebut terus kemurungan. Itu antara punca menyebabkan seorang lelaki sanggup bersekongkol dengan isterinya menculik seorang bayi pe­rempuan dari Wad Kanak-Kanak Hospital Tanah Merah.

Lelaki tersebut turut beranggapan dengan mendapatkan seorang bayi baharu kepada isterinya dapat menggembirakan kembali wanita tersebut yang mengalami keguguran cahaya mata pertama mereka pada Jun lalu.

ARTIKEL LAIN  “Tak Kaya Tak Apa, Janji Bersih & Kemas”- Netizen Puji Cara Wanita Ini Bersyukur

Bagaimanapun katanya, semata-mata ingin membantu mengurangkan kemurungan isterinya lelaki tersebut sanggup melakukan apa sahaja.

“Wanita berkenaan mengalami kemurungan melampau seolah-olah membayangkan kejadian itu (keguguran anak) baru semalam berlaku. Pasangan tersebut berkahwin sejak dua tahun lalu dan masih belum dikurniakan anak. “Kita mendapati, lelaki itu menanggung kesedihan cukup berat apabila melihat keadaan isterinya.

Suspek berusaha mencuri bayi lain bagi menggantikan anak mereka sehingga tidak sedar mereka melakukan kesalahan besar,” katanya dalam satu sidang akhbar.

Prev Article
Next Article

One Response

  1. Ira

    matlamat tidak menghalalkan cara .

    November 27, 2016

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • Biskut Berasap
    Bahaya Makan Biskut Berasap, Ini Jawapan Dari …
    December 22, 2016 2
  • Koleksi Resepi Aiskrim Malaysia Viral Yang Anda Mesti Cuba
    Koleksi Resepi Aiskrim Malaysia Viral Yang Anda …
    June 3, 2017 1
  • puteri zainah isteri najib
    Kisah Sedih Puteri Zainah Isteri Pertama Najib …
    May 20, 2018 1
  • kapal
    Kapal Pencari Pesawat MH370 Hilang Dari Radar
    February 7, 2018 1
  • anwar senyum
    Anwar Yakin Jadi PM Dengan Sokongan Majoriti
    April 17, 2020 0

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2026 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)