BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Rakyat Malaysia Berenang, Menyorok Dalam Hutan Elak Ditangkap Imigresen Australia

ammar

rakyat malaysiaRakyat Malaysia Berenang, Menyorok Dalam Hutan Elak Ditangkap Imigresen Australia

Peningkatan sara hidup kini menyebabkan ramai rakyat sanggup melakukan apa sahaja pekerjaan demi mendapatkan wang untuk menyara diri sendiri dan keluarga. Disebabkan desakan itu juga, ramai yang saanggup berhijrah ke negara asing untuk mendapatkan pekerjaan dengan gaji yang lumayan.

Jika dulu, pendatang asing dari Indonesia dan Bangladesh sudah sinonim datang ke Malaysia bagi mendapatkan peluang bekerjaan tetapi kini lain pula ceritanya. Rakyat Malaysia sendiri mula berhijrah ke negara lain bagi mendapatkan peluang pekerjaan.

Kini, ramai rakyat Malaysia berhijrah ke Australia untuk bekerja sebagai pemetik buah di sana. Ada yang bekerja di sana secara sah dan tidak kurang juga ada yang bekerja secara haram.

Mari kita baca kisah suka duka rakyat Malaysia yang bekerja di Australia sebagai pemetik buah secara haram ini. Artikel asal dari Utusan Online.

SWAN HILL 16 Nov. – Berenang merentasi tasik dan menyorok di dalam hutan. Begitulah ter­desaknya rakyat Malaysia yang bekerja secara haram apabila digempur Imigresen Australia.

Mereka hidup dalam ketakutan diburu dan perlu nekad serta licik meloloskan diri daripada kepungan pihak berkuasa apabila berdepan dengan operasi.

Jika di Malaysia, kita menonton di televisyen bagaimana Imi­gresen Malaysia menyerbu penempatan pekerja asing dari Indonesia dan Bangladesh.

Suasananya sama di sini, cuma yang diburu adalah rakyat Malaysia yang bekerja secara tidak sah. Nasib orang kita sama dengan pendatang asing tanpa izin (PATI) di Malaysia. Menyedihkan.

Seorang pekerja Malaysia turut berkongsi pengalamannya berdepan dengan serbuan di kawasan ladang blueberry di utara Coffs Harbour yang menyebabkan 34 rakyat Malaysia termasuk dua kanak-kanak ditahan Ogos lalu.

ARTIKEL LAIN  Booth Dakwah Ini Didatangi Pembenci Islam dari Poland, Lihatlah Bagaimana Yang Terjadi Akhirnya

Shahdam, awal 50-an, yang berasal dari utara berkata, pasukan imigresen membuat serbuan secara teratur dengan membuat kepungan darat termasuk menggunakan anjing pengesan.

Di udara pula, helikopter membuat tinjauan untuk mengesan pergerakan pekerja haram yang melarikan diri.

“Mana hang nak lari? Bila ter­desak, mesti buat benda nekad, ada yang sampai berenang da­lam tasik. Ramai yang selamat dengan cara ni.

“Ada yang masuk hutan menyorok, bila line clear kita keluarlah. Kalau di ladang, kita mesti lari dalam pelbagai arah secara individu, jangan bergerak dalam kumpulan, apa kat depan, redah terus,” katanya.

Selepas menggempur ladang, Imigresen Australia juga membuat operasi di stesen-stesen kereta api bagi mengesan pekerja haram yang mahu melarikan diri ke kawasan lain.

Bagi pekerja yang memiliki kenderaan sendiri, misi mereka lebih mudah namun bagi Shahdam dan rakan-rakannya, mereka tiada alternatif yang lebih baik.

“Aku yang tak ada kereta payah lah, sampai ke stesen kereta api tak turun terus, duduk dalam kereta kawan dulu. Intai sekeliling.

“Bila dah sah line clear, baru beli tiket lepas tu menyorok dalam kereta dulu sebelum kereta api sampai,” dedahnya.

Prev Article
Next Article

2 Comments

  1. Ira

    semakin gawat keadaan sekarang

    November 28, 2016
  2. Pingback: RAKYAT MALAYSIA SEPERTI ‘BANGLA’ DI AUSTRALIA. BERENANG DAN MENYOROK DALAM HUTAN ELAK DITANGKAP IMIGRESEN. - Emas Putih
    October 14, 2017
  3. Pingback: Rakyat MALAYSIA Seperti ‘BANGLA’ Di AUSTRALIA. Berenang Dan Menyorok Dalam Hutan Elak Ditangkap IMIGRESEN.
    December 12, 2017
  4. Razuan

    Ko sembang ape ni..?

    July 23, 2020

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • syamsul debat
    Permohonan Maaf atau Saman? – Syamsul Debat
    March 27, 2018 1
  • kemalangan lori
    Selepas Tiga Hari ‘Pemergian’ Suhaimi, Ibunya Dedah …
    February 28, 2019 1
  • rotan
    Guru Rotan Murid Akhirnya Terima Hukuman
    July 8, 2019 0
  • foto2520asmirandah2520bertudung
    Setelah Murtad Dari Islam Asmirandah dan Suami …
    October 24, 2015 12
  • remaja kahwin muda
    Remaja Kahwin Muda Sebab Takut Tidur Seorang
    May 29, 2020 0

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2026 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)