BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

11 Individu Dari Johor Kantoi Rakam ‘Avengers : Endgame’

ammar

Demam ‘Avengers: Endgame’ kian terasa apabila filem ini telah ditayangkan secara rasminya di Malaysia semalam(24 April 2019).

Ramai peminat dari Malaysia tidak melepaskan peluang untuk menjadi penonton terawal filem ‘Avengers: Endgame’.

Tayangan paling awal di Malaysia adalah pada 6.30 pagi 24 April 2019. Maka ramailah berpusu-pusu ke panggung wayang seawal pagi semalam.

Namun, disebalik kemeriahan filem ‘Avengers: Endgame’ ini ada satu kisah yang agak mendukacitakan.

Seramai 11 individu kantoi cuba untuk merakam filem ‘Avengers : Endgame’.

11 individu diberikan amaran selepas dikesan cuba merakamkan filem itu pada hari pertama ditayangkan di pawagam di Johor, malam tadi.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Johor, Mohd Hairul Anuar Bohro berkata, tindakan itu hasil pemeriksaan di pawagam terpilih di negeri ini.

“KPDNHEP Johor melaksanakan pemeriksaan di panggung wayang terpilih di Johor Bahru ketima tayangan filem Avengers Endgame pada 24 April 2019.

“Pemeriksaan ini dibuat bagi mencegah cubaan merakam di dalam panggung wayang,” katanya ketika dihubungi di Johor Bahru, hari ini.

Sepanjang pemeriksaan itu 11 amaran dikeluarkan kepada penonton kerana cubaan merakam.

Bagaimanapun katanya, tiada sebarang tangkapan dibuat.

thanos versi arab

Sementara itu, tular di Twitter mendakwa berlaku tangkapan seorang wanita oleh KPDNHEP di pusat beli belah di Bukit Indah, semalam.

Perkongsian itu mendakwa penahanan wanita itu kerana sedang merakam filem Avengers: Endgame menggunakan telefon bimbit.

Terdahulu sempena tayangan filem paling dinanti-nanti tahun ini iaitu Avengers : Endgame, 300 dron Intel Shooting Star diterbangkan ke ruang udara Kuala Lumpur dengan simbol-simbol ikonik filem adiwira itu, kelmarin.

Antara simbol yang dibentuk dengan dron bercahaya itu ialah Avengers, Iron Man, Captain America, Thor dan Hulk.

ARTIKEL LAIN  Amanat Terakhir SM Salim Kepada Rakyat Malaysia Sebelum Meninggal Dunia

Persembahan dron itu adalah sebagai tanda terima kasih kepada peminat Malaysia yang memberikan sokongan kepada legasi filem Avengers sejak sedekad lalu.

Ia turut dicatat dalam Malaysia Book of Records sebagai Persembahan Cahaya Menggunakan Dron Paling Banyak.

Dalam pada itu, tiket tayangan Avengers: Endgame yang mula dijual di negara ini pada 2 April sudah mencecah lebih RM10 juta.

Malaysia adalah antara negara yang terawal untuk tayangan filem “Avengers: Endgame” dan ianya mendapat sambutan sangat menggalakkan daripada penonton.

Adakah anda telah menonton filem hebat dari Marvel ini? Jika sudah menonton berikan sedikit komen mengenai filem ini. AMARAN! Spoiler adalah dilarang sekeras-kerasnya.

Prev Article
Next Article

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • gambar restoran fizo mawar kitchen.jpg
    Fizo Terkilan Dengan Kritikan Blogger Mengenai Servis …
    January 8, 2016 3
  • gambar baby bump terbaru siti nurhaliza 2015.png
    Gambar Baby Bump Terbaru Siti Nurhaliza
    November 24, 2015 1
  • thanos
    Google “Thanos” Sekarang dan Klik Pada Sarung …
    April 26, 2019 0
  • Drama Jangan Benci Cintaku
    Drama Jangan Benci Cintaku Episod 15 Slot …
    July 19, 2018 0
  • Jangan Benci Cintaku Episod 21
    Jangan Benci Cintaku Episod 21 Drama Slot …
    July 27, 2018 0

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2025 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)