BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Amanat Terakhir SM Salim Kepada Rakyat Malaysia Sebelum Meninggal Dunia

ammar

SM SalimAmanat Terakhir SM Salim Kepada Rakyat Malaysia Sebelum Beliau Meninggal Dunia

Satu lagi bintang dan seniman veteran iaitu Tan Sri S. M. Salim meninggalkan kita. Tan Sri SM Salim, 88, meninggal dunia di rumah anaknya di Ukay Perdana, di Hulu Klang, pada jam 5.44 petang tadi(29/12/2016) akibat sakit tua.

Allahyarham Tan Sri SM Salim menghembuskan nafas terakhir di sisi anak-anak dan cucunya petang tadi dan disahkan oleh anak sulungnya, Siti Noraishah, 60.

Arwah dilaporkan tenat sejak semalam hingga perlu diberi alat bantuan pernafasan.

SM Salim atau nama sebenarnya Sheikh Salim Sheikh Muhammad Al Mahros yang mengalami lumpuh sejak 17 tahun lalu hanya bergantung kepada kerusi roda untuk bergerak.

Beliau penah bertugas sebagai juruhebah Radio Malaya (kini RTM) pada tahun 1957.

Antara lagu duetnya yang popular ialah Pandang-Pandang Jeling-Jeling nyanyian bersama Datuk Siti Nurhaliza dan Satu bersama Zainal Abidin.

Amanat Terakhir SM Salim di Utusan Malaysia Tahun 2001

Merujuk kepada laporan berita dari Utusan, sebelum ini Tan Sri S.M Salim pernah menyampaikan amanat terakhirnya sebelum beliau meninggal dunia.

Tan Sri S. M. Salim pernah menyuarakan amanat yang diharapkan akan dilaksanakan oleh pihak-pihak berwajib selepas beliau tiada di muka bumi ini.

Antara amanatnya adalah seperti berikut:

“Janganlah mainkan lagu saya selama sekurang-kurangnya 30 hari atau sebaik-baiknya 44 hari selepas saya meninggalkan dunia ini”.

“Bukan apa, kita yang hidup di atas bumi tidak tahu apa yang berlaku kepada orang yang meninggal dunia, jadi berikan sedikit ruang kepada mereka. Itulah yang saya harapkan,” pesan S. M. Salim.

Amanat itu membuatkan ramai tersentak seketika memikirkan betapa bertuahnya industri muzik Malaysia kerana memiliki sebutir bintang yang telah banyak menabur jasa terhadap usaha memelihara lagu-lagu Melayu.

ARTIKEL LAIN  Patutlah Mira Filzah Menang ABPBH, Rupa-rupanya

Jika bukan kita yang mengagumi orang yang istimewa seperti beliau, siapa lagi yang layak berbuat demikian?

Marilah sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham Tan Sri S.M. Salim. Semoga rohnya dicucuri rahmat oleh-Nya. Moga ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman. Insyaallah. Amin.

Sumber Rujukan:

  1. http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2001&dt=0506&sec=Hiburan&pg=hi_02.htm
  2. http://www.infokini.my/smsalimmeninggaldunia/
Prev Article
Next Article

One Response

  1. ira

    Al-fatihah, moga ditempatkan dikalangan orang2 beriman.

    January 2, 2017

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • kapal
    Kapal Pencari Pesawat MH370 Hilang Dari Radar
    February 7, 2018 1
  • Fazura
    Apa Yang Tertonjol Tu Fazura?
    April 18, 2018 0
  • Surat Terbuka Heliza Helmi Kepada Safiey Ilias
    Surat Terbuka Heliza Helmi Kepada Safiey Ilias …
    September 7, 2016 1
  • pelawak terkenal
    Pelawak Terkenal Ditahan Polis
    June 27, 2019 0
  • minyak
    Rakyat Marah Harga Minyak Tidak Naik 5 …
    April 26, 2018 0

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2026 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)