BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Fizo Terkilan Dengan Kritikan Blogger Mengenai Servis Restorannya

ammar

gambar restoran fizo mawar kitchen.jpg Fizo Terkilan Dengan Kritikan Blogger Mengenai Servis Restorannya

Pelakon yang juga merupakan seorang usahawan, Fizo Omar terkilan dengan tindakan seorang blogger wanita(Emas Putih) yang mengkritik servis di restorannya yang baru dibuka akhir tahun 2015. 

Fizo Omar menganggap ulasan blog itu yang mengkritik tentang makanan dan perkhidmatan di restoran miliknya iaitu FizoMawar Kitchen bukan dibuat dengan cara yang betul.

Tambahnya lagi, kritikan itu memberi persepsi buruk kepada perniagaannya yang baharu sahaja beroperasi selama tiga minggu.

“Saya bukan tidak boleh terima kritikan orang ramai tentang kelemahan restoran saya tetapi cara penulisan dan niat sebuah blog dalam ulasannya baru-baru seperti berniat tidak baik.

Kita boleh baca penulisan tersebut dan menilai niat penulis itu untuk menegur. Apa salahnya dia menegur dengan cara yang lebih baik seperti menghantar e-mel atau mesej peribadi kepada saya,” ujarnya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Khamis.

Fizo tampil menjawab selepas ulasan sebuah blog Kisah Emas Putih terhadap restoran miliknya FizoMawar Kitchen yang dikatakan tidak memuaskan apabila perkhidmatan terlalu lambat dan makanan tidak seperti diharapkan.

Restoran FizoMawar Kitchen yang terletak di Bandar Baru Bangi dilancarkan secara rasmi pada 15 Disember 2015.

Sementara itu, penulis blog Kisah Emas Putih, Siti Aminah, 26, berkata, dia tidak mempunyai sebarang niat jahat untuk menjatuhkan perniagaan pelakon tersebut.

Katanya, apa yang ditulis di blog miliknya itu merupakan pengalaman yang dilalui sendiri di restoran berkenaan.

“Saya sudah membuat pelbagai ulasan selama enam tahun di blog saya tapi saya akui ini kali pertama saya buat ulasan yang buruk kerana pengalaman yang saya lalui di restoran tersebut.

“Namun saya tidak sangka ramai yang baca dan viralkan perkara itu sehingga menjejaskan perniagaan restoran terbabit. Saya sudah minta maaf secara peribadi kepada pelakon itu andai perniagaannya terkesan dengan penulisan saya,” ujarnya.

ARTIKEL LAIN  Inilah Respon Kurang Ajar Selepas Stacy Peluk Islam
Prev Article
Next Article

3 Comments

  1. titan

    kalau servis out, takkan la nak cakap servis bagus.

    haiya.

    January 8, 2016
  2. Media Sensasi

    Orang nak bukak restoran, dye pun nak jugak.. dahla makanan mahal, tak sedap lak tu.. puihhhhh

    January 10, 2016
  3. Raihanah Ahmad

    kena improve tu fizo ooi

    January 12, 2016

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • Pierce Brosnan menerima seadanya isteri walaupun gemuk.jpg
    Hero James Bond Ini Menerima Isterinya Seadanya …
    December 1, 2015 0
  • najwa latif
    Najwa Latif Menangis Siapkan Tesis
    October 15, 2019 0
  • pembaca-berita-TV3-buang-cabai-di-gigi
    Memalukan! Pembaca Berita Ini Buang Cabai Di …
    January 8, 2018 0
  • Drama Jangan Benci Cintaku
    Jangan Benci Cintaku Episod 22 Drama Slot …
    July 30, 2018 0
  • Akim Ahmad Kecewa Video Stacy Dirakam Individu Tidak Bertanggungjawab1
    Akim Ahmad Luah Rasa Kecewa Video Stacy …
    August 25, 2015 1

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2026 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)