BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Jadual Waktu Pentaksiran Tingkatan 3 PT3 Tahun 2016

ammar

Jadual Waktu Pentaksiran Tingkatan 3 PT3 Tahun 2016Jadual Waktu Pentaksiran Tingkatan 3 PT3 Tahun 2016

Jadual PT3 2016. Jadual waktu Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) telah dikeluarkan bagi tahun 2016 ini. Para pelajar dan guru boleh menyemak jadual waktu penuh pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) di halaman ini. Jadual penuh PT3 2016 berada di ruangan paling bawah artikel ini.

Adakah adik-adik sudah bersedia dengan PT3 untuk tahun 2016? Mari kita rancang tugasan dan ulangkaji dengan melihat jadual yang telah dikeluarkan ini.

Tahun ini PT3 Geografi bermula selepas raya iaitu pada tarikh 17 hingga 29 Julai 2016.  Untuk kertas Sejarah adalah pada 19 hingga 1 Julai 2016.

Untuk jadual waktu lain-lain kertas peperiksaan anda boleh merujuk jadual penuh yang telah dilampirkan di bawah ini.

Arahan AM Jadual Waktu Pentaksiran Tingkatan 3(PT3) 2016

1.1 Calon wajib menduduki semua instrumen pentaksiran bagi mata pelajaran yang didaftar. Calon yang tidak dapat menduduki mana-mana instrumen pentaksiran akan dianggap TIDAK HADIR bagi mata pelajaran berkenaan.
 
Calon yang tidak dapat menduduki atau tidak hadir sesuatu instrumen pentaksiran dikehendaki mengemukakan dokumen sokongan seperti surat perakuan doktor atau surat kebenaran khas Pengarah Peperiksaan.
 
Dokumen sokongan ini hendaklah diserahkan kepada Pengetua sebelum tamat tempoh PT3 2016.
 
1.2 Calon hendaklah menyemak butiran pada Kenyataan Kemasukan Peperiksaan sebelum pentaksiran.
 
Calon hendaklah memaklumkan kepada pihak sekolah sekiranya terdapat kesilapan maklumat dan mengisi Borang Pembetulan Maklumat Calon. Calon dikenakan bayaran RM30.00
bagi pembetulan maklumat calon semasa tempoh semak semula keputusan PT3 pada tahun semasa.
 
Sebarang pembetulan maklumat selepas tempoh tersebut TIDAK akan dilayan.
 
Pembayaran hendaklah dibuat kepada pihak JPN atas nama Pengarah Peperiksaan menggunakan Kiriman Wang/Wang Pos.
 
1.3 Calon hendaklah membaca Garis Panduan dan Arahan Pentaksiran yang dinyatakan dalam Jadual Waktu PT3 2016 dan menandatangani Borang Pengakuan Calon

Diharap dengan jadual waktu PT3 ini dapat membantu memudahkan para pelajar merancang masa untuk menghadapi peperiksaan PT3 tahun 2016. Anda boleh dapatkan jadual ini dengan menekan butang anak panah ke bawah pada jadual yang dilampirkan. Sila login atau daftar akaun Scribd menggunakan akaun facebook anda terlebih dahulu.

ARTIKEL LAIN  Cara Buat Semakan Online Keputusan Tawaran Tingkatan 6 Sesi 2017-2018
Prev Article
Next Article

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • semak keputusan upu online 2016 2017.PNG
    PERMOHONAN RAYUAN UPU 2016/2017 ONLINE
    May 20, 2016 0
  • Semakan Ibu Bapa SAPS
    Cara Buat Semakan Ibu Bapa SAPS 2017
    July 17, 2017 1
  • Semakan Ibu Bapa SAPS
    SAPS Ibu Bapa Sistem Semakan Peperiksaan Secara …
    October 25, 2017 1
  • tarikh-keputusan-pt3-2015-online.jpg
    Semakan Keputusan PT3 2015 Online
    November 18, 2015 13
  • Keputusan Tawaran Tingkatan 6
    Cara Buat Semakan Online Keputusan Tawaran Tingkatan …
    April 19, 2017 1

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2026 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)