BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Tarikh Pembelian No Pin Unik ID UPU 2018 di BSN

ammar January 19, 2018

Tarikh Pembelian No Pin Unik ID UPU 2018 di BSN

Tarikh Pembelian No Pin Unik ID UPU 2018 di Bank Simpanan Nasional(BSN). Berita baik buat adik-adik lepasan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM)/Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia(STPM) dan Setaraf 2017, tarikh pembelian untuk nombor Pin Unik ID untuk permohonan UPU 2018 telah diumumkan.

Menerusi laman facebook rasmi Kemasukan BPKP JPT – FB rasmi UPU iaitu laman facebook rasmi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi(JPT), pihaknya itu telah mengumumkan bahawa pembelian Unik ID boleh didapati di kaunter BSN seluruh Malaysia mulai 5 FEBUARI 2018 hingga 9 APRIL 2018.

Untuk makluman, Permohonan UPU Online bagi sesi akademik 2018/ 2019 bagi lepasan SPM/setaraf & STPM/setaraf akan dibuka mulai:

Buka:
5 FEBUARI 2018
Jam 12.00 Tengah hari

Tutup: 
10 APRIL 2018
Jam 11.59 Malam

Permohonan boleh dibuat di portal rasmi UPU https://upu.mohe.gov.my/. Pembelian nombor Unik ID boleh didapati di kaunter BSN seluruh Malaysia mulai 5 Februari 2018 hingga 9 April 2018.Tarikh Pembelian No Pin

Berita Baik! Terdapat perubahan terkini mengenai harga nombor Unik ID iaitu RM15.60 (TIADA GST dikenakan ke atas permohonan UPU Online).

Cara Pembelian Nombor Unik ID UPU 2018

Cara pembelian sangat mudah iaitu anda(pemohon) atau ibu bapa pemohon yang mempunyai akaun Giro BSN boleh tersu membeli di mesini Automated Teller Machine(ATM) dan perbankan internet.

Pembelian Nombor Unik ID mestilah berdasarkan nama dan nombor kad pengenalan/MyKad pemohon. Pihak BSN akan mengeluarkan salinan resit pembayaran bersama-sama dengan nombor Unik ID dan harganya adalah RM15.60 tanpa GST.

Setelah selesai pembelian nombor PIN anda boleh terus ke laman web rasmi UPU https://upu.mohe.gov.my/ dan terus mengisi borang permohonan. Permohonan UPUOnline dibuka pada 5 Februari 2018 dan akan ditutup pada 10 April 2018.

ARTIKEL LAIN  Kenapa Orang Tidak Mahu Makan Dengan Saya? Bekas Pengetua Jelaskan Realiti Sebenar

Di bawah ini adalah sediki info grapik mengenai Permohonan UPU Online 2018 bagi kemasukan Sesi Akademik 2018/2019.info grapik upu 2018

Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut sila hubungi kami di talian helpline (03) 8870 8200 atau boleh mengunjungi kaunter runding cara kami di Lobi KPT di Kementerian Pendidikan Tinggi.

Anda juga boleh menghubungi di talian helpline UPU hanya beroperasi pada hari bekerja sahaja bermula dari jam 7.30 pagi – 5.30 petang atau melayari Portal Rasmi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (UPU) dihttp://upu.mohe.gov.my/

Prev Article
Next Article

One Response

  1. Ira

    Nice sharing.Bagus utuk para pelajar lepasan SPM dan STPM>

    January 30, 2018

Leave a Reply

Cancel reply

CopyAMP code

Related Posts

  • Keputusan Tawaran Tingkatan 6
    Cara Buat Semakan Online Keputusan Tawaran Tingkatan …
    April 19, 2017 1
  • Semakan Ibu Bapa SAPS
    SAPS Ibu Bapa Sistem Semakan Peperiksaan Secara …
    October 25, 2017 1
  • semak keputusan upu online 2016 2017.PNG
    PERMOHONAN RAYUAN UPU 2016/2017 ONLINE
    May 20, 2016 0
  • cara semak baki pinjaman ptptn online dan sms
    SEMAK BAKI PINJAMAN PTPTN ONLINE DAN SMS
    June 16, 2016 2
  • Kos Yang Ditawarkan di UIA gombak
    Kursus Atau Kos Yang Ditawarkan di Universiti …
    June 8, 2023 0

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2023 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)