Cara Semak Keputusan SPM 2016/2017 Secara SMS dan Online
CARA SEMAK KEPUTUSAN SPM 2020 KLIK SINI
Tarikh pengumuman keputusan SPM 2016 telahpun diuar-uarkan sebelum ini. 16 Mac 2017 adalah hari pengumuman rasmi keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) 2016.
Sudah pasti tarikh 16 Mac 2017 adalah tarikh yang ditunggu-tunggu oleh semua terutamanya pelajar, guru dan ibu bapa.
Bagi calon sekolah boleh mendapatkan keputusan SPM 2016 secara terus di sekolah masing-masing seawal 10 pagi 16 Mac 2017 manakala calon persendirian boleh mendapatkan keputusan mereka melalui pos atau boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) tempat mendaftar dahulu.
Namun, terdapat dua cara lagi untuk mendapatkan keputusan SPM 2016 ini iaitu melalui online dan SMS.
Baca artikel penuh mengenai semakan keputusan SPM 2016 ini…
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2016Tarikh Keputusan (Result) Dikeluarkan
16 Mac 2017 (Khamis) |
Tarikh yang dinyatakan adalah rasmi |
Sistem Aplikasi Semakan SPM 2016 Secara Online
Sistem Aplikasi Semakan SPM 2016 Secara Online Portal Rasmi Lembaga Peperiksaan
Sistem semakan online bagi keputusan SPM 2016 hanya akan diaktifkan bermula pada tarikh rasmi serta masa keputusan diumumkan
Sila masukkan No Kad Pengenalan tanpa tanda (–) dan Nombor Angka Giliran tanpa “selang” dalam ruangan yang tersedia
Semakan keputusan secara atas talian (online) menerusi portal rasmi Lembaga Peperiksaan hanya memaparkan ringkasan keputusan Slip keputusan penuh boleh diperoleh di sekolah atau JPN
Semakan Keputusan SPM 2016 Secara SMS
Semakan keputusan melalui pesanan ringkas (SMS) adalah dengan menggunakan format penghantaran mesej seperti berikut:
- Taip : SPM (jarak) No Kad Pengenalan (jarak) No Angka Giliran dan hantar ke 15888
- Contoh : SPM 991403025778 KC007B067 hantar ke 15888
Cara Mendapatkan Slip Keputusan Penuh SPM 2016
- Calon sekolah boleh mendapatkan keputusan melalui sekolah masing-masing bermula pada jam 10 pagi
- Calon persendirian pula akan dimaklumkan melalui pos atau boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) tempat mendaftar dahulu.
Selamat maju jaya diucapkan kepada adik-adik yang menduduki peperiksaan SPM 2016. Semoga menjadi aset penting kepada negara di masa akan datang.
Wan Syahida
Tahniah kepada semua yang berjaya dlam SPM 2016.. yang x berjaya teruskan usaha
wanlietha
from 1
smk penkalan hulu perak darul riduan
Nur alisa Syuhada
Assalamualaikum guys. Sy ingin meminta tunjuk ajar. Sy ingin melihat keputusan sijil SPM/SKM sy secara on9. Sy telahh senjalankan SPM/SKM pada tahun 2016.jadi masa pengambilan sijil 1kelas xdapat ambil sijil sbb dimaklumkan kami satu kelas xbayar yuran PIBG. sy pulakk baru sekatang dapat pulanh ke kg halaman. Hendak pergi ke sekolah itu musim covid nii tiada siapa yg ad dipejabat sekolah. Sy pulak lupa nombor angka giliran. Boleh tolong ajarkan. Maaf bertanya kerana sy ad sedikit kekeliruan dan ada sedikit masalah untuk diselesaikan sbbtu baru sekarang sy hendak mengambil result sy. Boleh bagi tunjuk ajar guys.